Monday, August 20, 2018

Kenapa PH Bimbang Penyatuan PAS-UMNO

Kenapa PH Bimbang Penyatuan PAS-UMNO


KESEDIAAN dua parti Melayu terbesar negara, PAS dan UMNO untuk menjalin kerjasama lebih erat dipandang sinis sesetengah pihak.

Dalam kalangan pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan (PH), mereka mengecam dan mengejek kerjasama ini yang dianggap kesanggupan “parti lebai” berpakat dengan “parti kleptokrasi.”
Ini hanyalah sedikit gambaran negatif yang dihamburkan oleh PH terhadap kerjasama PAS-UMNO ini, apa yang berlegar di media sosial lebih buruk lagi.
Mereka memberikan kecaman, ejekan, dan analisis palsu untuk menunjukkan kerjasama PAS dan UMNO akan menyebabkan rakyat menolak kedua-dua parti ini.
Sebenarnya mereka bertujuan supaya orang Melayu dalam PAS dan UMNO segan dan bimbang untuk bersatu.
Kerjasama PAS dan UMNO ialah penyatuan rakyat majoriti Malaysia dan penyatuan parti Melayu paling diyakini dan paling besar jumlah ahli.
Inilah yang menyebabkan penentang kuat kuasa politik orang Melayu berasa bimbang, kerana penyatuan PAS dan UMNO akan menguatkan kuasa politik Melayu.
Sebab kenapa perlu kerjasama ini amat mudah, yakni perpecahan orang Melayu telah menyebabkan DAP yang mewakili segala kepentingan bukan Melayu berkuasa dalam PH.
Hanya penyatuan PAS-UMNO boleh memberikan jumlah yang kuat untuk memberikan tentangan pada PH yang dikuasai DAP.
Dalam pilihan raya umum lalu, kuasa Melayu terpecah akibat PAS dan UMNO sama-sama bertanding di kerusi yang sama di banyak tempat.
Pertandingan tiga dan lebih penjuru ini memecahkan undi Melayu, dan pada masa itu, PH yang disokong penuh bukan Melayu juga menerima undi Melayu.
Kedua-dua parti Melayu ini juga masih belum jelas kerjasamanya, malah di pihak PAS terlalu banyak berdolak-dalik.
Sekarang ini sebagai pembangkang, tekanan untuk PAS dan UMNO bekerjasama semakin kuat.
Desakan untuk bekerjasama sekarang makin jelas selepas melihat sendiri apa yang dilakukan oleh PH dan penyokong mereka.
Cabaran terhadap agama dan bangsa Melayu semakin hari semakin kuat, hingga amalan maksiat seperti seks songsang sendiri mahu diiktiraf sebagi normal.
Kerjasama dalam pilihan raya kecil Seri Setia sekarang ini menandakan satu permulaan yang baik bagi kedua-dua PAS dan UMNO untuk terus meningkatkan kerjasama.
Selepas ini, perkembangan di Perak pula memerlukan perhatian untuk ditangani PAS dan UMNO, untuk membuktikan komitmen mereka dalam membela bangsa dan agama. – Mynewshub.tv

13 comments:

Anonymous said...

Setelah sebelum ini ditekan agar menjarakkan diri daripada UMNO dan kemudian dianggap beban kepada parti itu dalam usahanya mengembalikan semula sokongan rakyat, Najib Razak kini berdepan satu lagi desakan baru.



Kali ini beliau digesa berkongsi maklumat dengan pihak berkuasa tentang di mana beradanya Jho Low menyembunyikan diri ketika ini.



Gesaan terbaru ini disuarakan oleh Naib Presiden UMNO, Khaled Nordin yang mahu Najib berbuat demikian bagi menyelesaikan dan mencari kebenaran berhubung skandal 1MDB.



"Sekiranya Najib mengetahui dan mempunyai maklumat tentang Jho Low, sudah pastilah ia menjadi tanggungjawab beliau untuk berkongsi maklumat itu dengan pihak berkuasa," kata Khaled lagi.

Anonymous said...

BALAKONG | Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ong Kian Ming hari ini mempersoalkan sama ada MCA berpendapat kerajaan perlu menghapuskan hak bumiputera apabila mencabar Menteri Kewangan Lim Guan Eng menghentikan "Kongres Bumiputera".

Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap kenyataan Naib Presiden MCA Chew Mei Fun, yang menggesa setiausaha agung DAP itu menghentikan Kongres Masa Depan Bumiputera & Negara (KBN 2018), serta tidak menggunakan sentimen perkauman menjelang pilihan raya kecil Balakong.

"Dalam manifesto kami, kami tidak berjanji yang kami tidak akan mengadakan kongres seperti ini, dan tidak berjanji untuk menghapuskan dasar ekonomi bumiputera," kata Ong kepada Malaysiakini pada kempen pilihan raya kecil Balakong.

"Saya tidak tahu kenapa MCA menghasut perkara ini. Adakah mereka fikir kerajaan harus menghapuskan hak mereka (bumiputera)? Adakah MCA mahu menghapuskan hak bumiputera?," soalnya.

Baca: MCA cabar Guan Eng hentikan Kongres Bumiputera

Beliau seterusnya mencabar pemimpin MCA untuk menjelaskan pendirian parti itu dalam isu berkenaan.

Ong menegaskan bahawa adalah sukar bagi negara untuk mencapai status negara maju jika status ekonomi bumiputera tidak bertambah baik.

Sementara itu, calon DAP Wong Siew Ki berkata, isu-isu yang dibangkitkan calon MCA, Tan Chee Teong pada pilihan raya kecil itu telah pun dilaksanakan kerajaan Selangor.

"Perkara-perkara dalam manifesto beliau adalah mengenai 'menggesa' kerajaan semasa melaksanakan dasar-dasar, tetapi sebenarnya kerajaan Selangor telah melakukannya," ujarnya.

Sebaliknya, Wong berkata, Tan sepatutnya menjelaskan mengenai pencapaian politik MCA setakat ini.

Mohammad Azren said...

Siapa yg kisah kalau Parti Penjual Agama dengan Parti Penjual Bangsa bergabung pun. Keduanya semakin tak relevan pada masa kini. Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Penyatuan PAS-UMNO adalah simbolik klentongkrasi PAS terutama Hadi Lidah Bercabang.

Hadi begitu beria utk naik sepentas dgn Najib Klepto, Bini Rosmah, Jamal Jamban, Jho Low dan Tokoh2 Mcapigs dan Micpigs berceramah di Seri Setia dan Balakong.

Apakah tema yg terbaik ikut fikiran sesat politik Hadi?

1 Undi PAS, MCA utk ke syurga
2 Undi PAS, MCA utk selamatkan Klepto Najib dan Jho Low dari ditangkap, didakwa dan dipenjara

Tiada siapa yg cemburu dgn tindakan Hadi dan PAS menjilat ludah dari mengkafirkan UMNO, MCApigs dan Micpigs kerana Amanat Hadi mengkafirkan BN kerana martabat perlembagaan yg kafir dan harus diperangi. BN juga membantah Hudud PAS dan RUU355 kerana desakan Umno, MCA, MIC dan parti2 Sabah/Sarawak.

Apa yg dihairankan oleh pengundi2 Seri Setia dan Balakong yalah contoh2 klengtongkrasi Hadi dan PAS:

1. Keluar Pakatan Rakyat kerana DAP dan PKR bantah Hudud dan antiIslam

2. Amanat Hadi mendorong mangsa2 Memali mengangkat senjata, berperang dan terkorban

3. Amanat Hadi memecahbelah keluarga, cerai berai dan pulai memulau sehingga terjadi 2 Imam, daging sembelihan haram dimakan. UMNO dan kroni2 BN menobatkan PAS sbg Parti Agama Sesat

4. PAS bukan berjuang utk Islam tapi kuasa politik sekular spt tindakan alaZionis keatas orang asli Kelantan kerana tamak hasil balak dan galian. PAS juga benarkan bikini bukan pakaian sopan Islamik demi tujuan komersil pelancongan Terengganu

5. Yg ditonjol PAS bukan Islam tetapi politik Machiavelli guna nama agama utk kuasa politik sekular dan matlamat menghalalkan cara termasuk menjilat ludah balik

Anonymous said...

Tak kisah pun PAS nak cantum dengan parti mana pun termasuk parti komunis jika ada di Malaysia. Yang pasti kami mahu memboikot pemimpin dan bekas pemimpin BN. PAS bukanlah sasaran kami kerana PAS hanya kuat di pantai timur sahaja.

Anonymous said...

Buat jer apa yang nak semi survival politik....cantum baji ke, cantum tunas ke, tut ke,kawin batang ke...tak de hal.....sebab dah jelas PAS juga parti politik...he he

Anonymous said...

tklama nanti pas akn gabung dgn lgbt utk mmbentuk pembangkang yg kuat

Anonymous said...

pas sokong mca utk hapuskn hak istimewa melayu... supaya pas blh himpun utk buktikn melayu islam terancam

Anonymous said...

pas parti sekular pragmatik berlabel islam

Anonymous said...

Pas tetap perjuangkan agama islam. Islam kuat bangsa melayu kuat sebab islam agama anutan kebanyakan org melayu. Isu itu sengaja dibangkitkan oleh dap dan mca. Diperak dap desak kerajaan luluskan pajakan 999 tahun bila ditentang kuat oleh rakyat terus nafikan. Dap memg suka mencabar bila ditentang terus nafi. Bagi penyokong ph yg bersama sokong lgbt cuba buat pilihan nak rahmat allah atau laknat allah.

Ruhand Rahmat said...

etelah bertahun-tahun bermusuhan, termasuk mencemuh dengan label kafir dan parti ajaran sesat serta memekik lolong mengata sesama sendiri di pentas-pentas ceramah, UMNO dan Pas kini nampaknya sudah pun menemui titik pertemuan untuk kembali menjadi rakan sejati....sehingga suami isteri bercerai...solat dua imam...skrg mcm mana pak lebai... dah halal pulak.... mcm mana pendirian Haji Hadi..... boleh tukar ke...kitab dah tukar ke apa?????

Anonymous said...

Pas bergabung dengan umno demi agama islam dan bangsa melayu moga2 dirahmati allah. Ph bergabung dengan lgbt yg dilaknati allah moga2 penyokong ph kembali kejalan allah.

Anonymous said...

Pas perjuangkan islam memg terus dihina dufutnah dicaci dan macam2 tapi ph sokong lgbt yg terang2 dilaknat allah hanya puak ph saja yg puji yg jilat lgbt. Berbangalah penyokong ph dengan lgbt.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails