Saturday, March 02, 2013

Perang L/Datu Tamat, Solat Hajat. Najib T/Jawab?

Image
Tentera2 Sultan Sulu tu. Siap senjata M16...

KOTA KINABALU: Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah hari ini menyeru kepada semua umat Islam di seluruh negara untuk mendirikan solat hajat secara berterusan bagi memelihara dan menyelamatkan negara ini daripada pencerobohan luar yang kini telah menumpahkan darah.

Ketuanya, Nuruddin Ibrahim berkata, pihaknya juga mencadangkan kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) agar dapat mengeluarkan arahan kepada seluruh masjid dan surau di negeri ini untuk melakukan solat hajat bagi tujuan tersebut.

“Kita minta kepada semua masyarakat Malaysia agar sama-sama mendirikan solat hajat sama ada secara bersendirian mahupun berjemaah bagi mendoakan keselamatan di bumi Sabah ini.
“Kita juga telah memohon kerjasama pihak berkuasa agama negeri untuk mengarahkan masjid dan surau di seluruh negeri ini bagi mengadakan solat hajat.
“Ini dapat menunjukkan kebersamaan dalam memastikan negara dan negeri ini berada dalam keadaan aman dan terpelihara daripada bahaya petaka,” ujarnya.

Sehingga kini, dua anggota polis Malaysia dilaporkan terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, Lahad Datu. Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Luar Filiphina, Raul Hernandez bagaimanapun dilaporkan berkata pencerobohan pengikut Sultan Sulu di Sabah telah tamat. ABC-CBNnews memetik Hernandez berkata bahawa pihak berkuasa Malaysia, khususnya pasukan polis, sedang memburu kumpulan tersebut.

Komen Mereka..

Sementara itu, di Kuala Lumpur Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ucapkan takziah kepada keluarga dua anggota keselamatan negara, Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando yang terkorban dalam insiden bersenjata di Lahad Datu, Sabah hari ini.

Katanya, Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dan menteri yang bertanggungjawab menjaga urusan keselamatan dan pertahanan negara sewajarnya tampil menjelaskan kepada rakyat tentang peristiwa berdarah ini.

“Mengapa sebegitu mudah sempadan negara dibolosi oleh sekumpulan warga asing bersenjata dan mengapakah kerajaan begitu berkompromi dalam menyelesaikan isu ini?” tanya beliau dalam satu kenyataan ringkas.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menegaskan isu keselamatan negara tidak sewajarnya dipandang remeh dan diambil mudah oleh pihak kerajaan. Justeru, ujar beliau, rakyat perlu diberikan maklumat mengenai apa yang berlaku.

Sedangkan Pengerusi Pejuang Perubahan Sabah (PPS), Datuk Seri Panglima Lajim Ukin mengucapkan takziah kepada keluarga anggota polis Malaysia yang terkorban dalam insiden tembakan antara pihak keselamatan Malaysia dan penceroboh di Lahad Datu hari ini.

"Saya mengucapkan takziah kepada keluarga anggota polis yang terkorban dalam insiden tersebut dan berharap mereka bersabar.
"Namun bagi saya isu tuntutan tersebut sepatutnya boleh dilakukan secara rundingan damai bukannya melalui keganasan, kerana akibat dari insiden tersebut menyebabkan banyak keluarga akan kehilangan ahli keluarga," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Malah menurut beliau lagi, isu pencerobohan ke negara ini tanpa melalui saluran yang sah adalah bertentangan dengan undang-undang negara ini. Katanya, isu percerobohan ke atas Sabah sebenarnya mencabar kadaulatan negara ini dan perkara tersebut perlu dibendung secara aman.

"Kita doakan semoga pihak keselamatan negara ini akan terselamat dari sebarang mala petaka dan juga insiden ini kembali aman," sambung beliau lagi. Lajim menolak desas desus mengatakan konflik yang berlaku di Lahad Datu itu ada kaitan dengan senario politik negara ini.

Sementara itu mengikut laporan media dua komando polis Malaysia terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina itu. Mereka dilaporkan terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu pos di sekitar Kampung Tanduo. AFP melaporkan, sekitar jam 3.25 petang tadi, Jabatan Luar Filipina berkata tiga orang mati dan 10 telah ditangkap dalam kejadian itu. (IH/Hrkh)

13 comments:

Anonymous said...

Boddow la blog kau ni, x habis2 slhkn kerajaandlm apa2 hal.. shit!!!!!

zaman said...

Bukan boddow, cerdik la tu. Yang boddow mu, tukag angguk. cuih!

hantujembalang said...

Blog tiga suku....malukan pr....

Hamdan Rukun said...

HE!HE!HE!

LAPORAN RASMI RISIK FILIPINA MENGESAHKAN PENGLIBATAN NUAR BRAHIM. HANG TAK MAU TULIH KA?

zaman said...

Nama pun luncai, hantu jembalang. he he he patut le boddow..

Anonymous said...

Setan jembalang, buka malukan pr, tapi malu kepada rakyat, kebodohan Najib PM kamu itu.

shit!!!

Anonymous said...

Mana pi mentri bopok,tak bersuara langsung....

terjuntiruk said...

Anwar btanya,knapa perlu bkompromi dgn penceroboh?
Lajin kata, ptt boleh dselesaikan dgn cara aman..
Nk serang ka nk buat rundingan damai?

Anonymous said...

aku punya komen kalau orang masok umah kita tak bagi salam ceroboh lak tu ...jawab nya belasan jer takder runding runding...

Anonymous said...

Percaya kat risik filipina...? Mana risik kita..? Punya ramai geng sulu ni...boleh masuk cam tu ja..... musykil2.

Syarikat percetakan yang bersalah terlepas pandang, lupa nak letak bab royalti minyak Kelantan dalam Menifesto PR said...

Dah tu 4 bulan sebelum ni, pemimpin-pemimpin tertinggi PKR adakan perjumpaan rahsia dengan Nur Misuari, MNLF & waris Sultan Sulu tu bincang pasal apa?

Jangan tahu cari salah orang lain saja..







Anonymous said...

USA yang paling canggih pertahanannya pun senang2 je cikano masuk inikan pula Malaysia.

Salaam said...

Bodohnya Anwar..Amerika pun org mexico/Latin boleh masukk..Senang jerr..beli kapalterbang kipas terbang aras bawah radar/sorok dalam lori 1 tan..BODOHHHHHHHHHHHHH!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails