Friday, March 01, 2013

Kulai, 20 Tahun Tiada Letrik Di Bawah UMNO..Malu!


KL: Hampir 20 tahun tiada bekalan elektrik, akhirnya pemilik lebih 10 buah rumah di Jalan Simpang Renggam – Kulai berhampiran Kampung Bukit Nyamuk, Simpang Renggam terpaksa membuat keputusan untuk berpindah selepas harapan untuk memiliki bekalan elektrik selama ini dilihat seperti tiada penghujungnya.

Mohd Ja’afar Sari telah berniaga buah-buahan selama 20 tahun tanpa bekalan elektrik. Kini jiran Mohd Ja’afar hanyalah tinggal sebuah kilang arang, sebuah kilang papan dan sebuah ladang ternakan kambing, lapor Nusajaya Kini.

Bagi peniaga kedai buah-buahan seperti Mohd Ja’afar terpaksa menanggung kos bahan api sebanyak RM300 sebulan berbanding RM100 jika menggunakan bekalan elektrik TNB. Pemilik kilang papan dan ladang ternakan kambing Mohd Tan Chan Abdullah juga menghadapi masalah yang sama sejak 18 tahun yang lalu.

Kos sebanyak RM7,000 sebulan terpaksa dibelanjakan untuk membeli minyak diesel bagi menghidupkan generator berbanding kos hanya sekitar RM2,000 sekiranya menggunakan bekalan elektirk TNB. Pemohonan kepada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah dilakukan sebanyak dua kali dan juga pemakluman kepada Onn Mad Yassin (Adun Layang-layang) sebanyak tiga kali. Setakat ini tiada sebarang tindakan dibuat.

Difahamkan juga, jarak antara kampung berkenaan dengan punca elektrik dalam lingkungan 2 kilometer dan ia bukanlah satu alasan untuk tidak menyambungkan bekalan elektrik ke kampung berkenaan. Tanah yang didiami penduduk di kampung itu berstatus penempatan perkelompok (GSA). Ini bermakna tanah sekitar Bukit Nyamuk adalah milik peribadi.

Jika terdapat bekalan elektrik di kawasan ini, maka ramai akan berpeluang membina rumah di kawasan terbabit. Pihak TNB tiada sebarang masalah untuk membekalkan elektrik di kawasan itu jika terdapat peruntukan yang mencukupi daripada pihak kerajaan. Justeru pihak kerajaan khususnya Pegawai Daerah Kluang wajar mengambil perhatian dan tindakan bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh penduduk kawasan itu. (Nusajaya Kini)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Buat malu, negeri yang UMNO kuat pun tak mampu tadbir. Rakyat perlu kuatkan pembangkang  kalau mahu mahu dapatkan perhatian penuh dari pemerintah. UNDILAH PAKATAN.

2 comments:

Anonymous said...

Boleh caya ke. Bukit Nyamuk ni dlm hutan. Tanah diaorang ke. Ada geran ke. Ke suka2 pacak umah kt situ. Pernah tak org2 ni gi mohon api n air. Tak baik bawak cerita yg tak betul.

zaman said...

Itulah tanggung jawab UMNO tak ambil tahu hal rakyat. Kalau tak dekat p'raya, tak terbongtkar lagi.

Tak baik, dah la tak tolong, salahkan rakyat pula. Cukai rakyat tak boleh miss, terus kebas.... sedarlah wahai kuda kepang tunggangan UMNO.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails