Saturday, November 24, 2018

Ajaran Sesat Makin Leluasa Sejak PH Jadi K'jaan.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Aminuddin Yahaya berucap pada Konvensyen Pertahan Wilayah Islam (PERTIWI) anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 24 NOVEMBER 2018.
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Aminuddin Yahaya berucap pada Konvensyen Pertahan Wilayah Islam (PERTIWI) anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 24 NOVEMBER 2018


KUALA LUMPUR – Semenjak menubuhkan kerajaan, Pakatan Harapan (PH) didakwa ‘membenarkan’ ajaran sesat bergerak bebas dalam negara ini.
Presiden  Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Aminuddin Yahaya berkata, seperti kerajaan baharu, beberapa ajaran sesat juga seolah-olah mendapat nafas baharu.
Lebih buruk lagi, dakwanya, ada pengamal-pengamal ajaran sesat kini memegang jawatan dalam kerajaan.
“Hari ini, fahaman-fahaman Syiah bukan sahaja mendapat pentas juga kita difahamkan mereka memegang jawatan dalam kerajaan.
“Terdapat gerakan-gerakan Islam yang memberikan tafsiran Islam yang sempit bagi saya pemikiran yang melihatkan Islam hanya pada sembahyang dan puasa malah boleh membunuh semangat juang pendakwah,” katanya ketika menyampaikan ucaptama di Konvensyen PERTIWI hari ini.
Beliau berkata demikian ketika memperincikan cabaran yang dihadapi umat Islam pada hari ini.
Mengulas lanjut, Aminuddin berkata, cabaran muslim ketika ini adalah apabila PH sanggup berlembut dan memuaskan hati orang bukan Islam demi kuasa.
Sifat berkompromi yang dibawa oleh parti yang disifatkannya hanya mahu kuasa pada akhirnya membawa suasana politik yang berkecamuk apabila memberi ruang kepada pihak yang berfikiran liberal berkuasa yang kemudian mengubah erti sebenar Islam.
“Suasana politik, kekecamukan suasana politik dan keghairahan untuk mendapatkan kuasa menyebabkan parti-parti yang ada sanggup melakukan apa-apa sahaja demi dapat meraih undi terutamanya dari bukan muslim.
“Mereka cuba berkompromi dengan nilai-nilai Islam bagi memuaskan hati orang bukan Islam bagi mendapat keyakinan mereka,”tambahnya.
Menurut beliau lagi, keterbukaan yang terhasil di bawah kerajaan pada hari ini telah mengakibatkan timbulnya hasrat untuk orang Islam ‘mengangkat’ orang bukan Islam sebagai pemimpin nombor satu negara.
“Saya lihat timbulnya civil society yang timbul banyak ibarat cendawan tumbuh selepas hujan jadi proksi kepada Barat yang menafsirkan Islam mengikut pemikiran mereka.
“Ini bukan sahaja ada dalam kalangan rakyat yang bersedia berkongsi kuasa malah ada orang Islam yang sanggup memilih dan bersedia untuk melantik orang bukan Islam sebagai pemimpin hatta pemimpin nombor satu negara.
“Jangan sebab kemaruk kepada kuasa memimpin parti pemimpin-pemimpin kita hilang pertimbangan agama dan bangsa,” katanya lagi.-MalaysiaGazette

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails