Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara itu telah diputuskan oleh sekretariat yang menguruskan penganjuran perhimpunan berkenaan. 
"Permit sudah dipohon dan diuruskan sekretariat himpunan ummah dan kedaulatan negara. 
"Jika tidak dibenarkan, rakyat akan tengok betapa mereka golongan munafik dan hikporit kerana kononnya pejuang demokrasi dan hak berhimpun. Ini hak rakyat," katanya kepada pemberita selepas menjadi ahli panel dalam Forum Perdana Membantah ICERD di Kompleks Pas Seremban dekat sini malam tadi. 
Kira-kira 200 orang berkumpul mendengar tiga ahli panel menjawab pelbagai soalan berkaitan ICERD.
Selain Asyraf, dua ahli panel lain ialah Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Khairil Nizam Khirudin dan Ketua Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Muhammad Farid Hussin.
Asyraf memberitahu, pihaknya akan menggerakkan sejuta anak muda menghadiri perhimpunan itu. 
"Pemuda UMNO dan Pas masing-masing akan menggerakkan 350,000 ahli masing-masing manakala bakinya adalah NGO dan orang tidak berparti," katanya. - UTUSAN ONLINE