Sunday, November 18, 2018

K'jaan PH Kelam Kabut &Gagal.. - Ku Li



GUA MUSANG: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) masih kelam kabut dan gagal menunaikan janji.
Beliau berkata, pemimpin PH belum dapat menyesuaikan diri sebagai kerajaan yang memerintah dan ada antara mereka mengambil masa memahami peranan masing-masing.

Katanya, ada sesetengah dari mereka beranggapan mereka masih `orang baharu’ dan berlagak sebagai pembangkang walaupun hakikatnya mereka adalah pemerintah dan berjawatan menteri.
“Begitu juga kita sendiri (UMNO) pun nak sesuaikan diri sebagai pembangkang masih lagi janggal,” katanya kepada pemberita selepas melawat projek pembinaan masjid baharu di Bandar Lama, di sini, hari ini.
Masjid baharu berkonsepkan Masjidil Haram di Makkah menelan belanja RM23 juta itu, dijangka siap Mei tahun depan.
Tengku Razaleigh yang juga pengerusi Jemaah Penasihat UMNO berkata, keadaan itu juga jelas apabila Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri mengakui tidak dapat menunaikan semua janji.
Katanya, banyak perkara yang dicadang termasuk janji dalam manifesto PH Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU-14) yang menelan perbelanjaan besar, gagal dilunaskan.
“Kalau nak hapuskan tol, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan turun harga minyak amat sukar untuk kerajaan PH berbuat demikian.
“Kita mengakui setengah daripada rakyat menyesal termasuk pelajar universiti hingga mereka bertindak berarak ke Parlimen membuat bantahan terhadap perkara itu.
“Ada kalangan mereka marah seolah kena tipu kerana mereka berharap golongan yang berpendapatan sampai RM4,000, baru kena bayar pinjaman itu. Sekarang ini, kerajaan tetapkan gaji minumun RM1,050 pun sudah kena bayar,” katanya. (BH)

5 comments:

Anonymous said...

Memang kelam kabut sbb bila PH ingin mengambil alih pentadbiran, banyak melibatkan wang bilion2 dan peralatan2 pun lesap. Nak buat kerja macamana? Licin dibuatnya. Bila ada pencuri, adalah penolong pencurinya. Begitulah juga bila ada konspirasi jahat, maka adalah penolong konspirasi jahatnya...

Unknown said...

Betul tuan semua duit dah kena curi.

Anonymous said...

Betul! Betul! Betul!...........Upin dan Ipin setuju pendapat anon 11:19 tu ye......... sebab kami pernah alami nasib macam kerajaan PH sekang ni, begini kisahnya........

Satu hari, Opah kami penah janji kat kami nak jamu kami kami ayam goreng `special` walau cuma ayam kampung yang Opah bela tu. Esoknya Opah tenguk rebannya kosong! Liciiiiiiiiiiin ayam2 Opah dicuri penyamun, penyangak lanun MO1 ......... ermmmmmmmmmmmmmm gigit jari la kami akhirnya. Tapi kami tak marah Opah, kesian Opah, kami tetap sayang Opah dan akan tolong Opah bela ayam semula huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuh............

uncle ibnuhasyimm paham tak nih? Bodohnya! baik uncle jadi kitaowang je la.............

Anonymous said...

Kita bersetuju dengan semua komen yang ditulis oleh barua-barua mengkuk ayun ternakan sifu kulup biaDAP bahawa semua masalah negara bermula semasa TDM menjadi PM Be End dan sekarang TDM kembali menjadi PM pakatan tiada harapan pula. Pelbagai skandal dan bailout telah berlaku di zaman TDM berkuasa.

Tahniah barua-barua mangkuk ayun , kamu boleh makan lebih banyak dedak cap roket sebab sifu kulup biaDAP sangat gembira dengan kejahatan kamu !!!

Melayu Muslim said...

Dah ambil tanggungjawab jadi pemerintah, jgn ckp byk, tak payah salahkan
kerajaan sebelum ni, kalau tak boleh selwsaikan masalah negara, letak jawatan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails