Monday, November 19, 2018

Elak Pengguna Tertipu, Tubuh Makmal Madu Tulin..

Penubuhan makmal ketulenan madu elak pembeli tertipu - Exco
KUALA NERUS: Penubuhan Makmal Kualiti Madu (MKM) pertama di Pantai Timur di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mampu menyelesaikan masalah lambakan madu tiruan yang berleluasa di pasaran, kata seorang anggota Exco negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Dr Azman Ibrahim berkata kerajaan negeri telah menyalurkan peruntukan RM420,000 bagi pembelian peralatan makmal dan ia dijangka beroperasi sepenuhnya tahun depan.


"Seramai 260 penternak lebah kelulut yang berdaftar boleh mendapatkan sijil pengesahan keaslian madu lebah kelulut yang dikeluarkan oleh makmal ini dan dengan adanya sijil pengesahan, pelanggan boleh membezakan madu yang asli atau sebaliknya, sekali gus mengelak daripada ditipu peniaga yang tidak jujur.

"Perkhidmatan pensijilan ini juga ditawarkan pada kos 25 peratus lebih murah berbanding perkhidmatan sama oleh syarikat swasta di luar sana kerana ia disubsidi oleh kerajaan," katanya ketika ditemui selepas lawatan ke MKM di UMT, pada Ahad.

Turut hadir, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Teknologi dan Sains Makanan UMT, Prof Madya Shamsul Bahri Abd Razak.

Sementara itu, Shamsul Bahri yang juga Ketua Kumpulan Penyelidik Lebah dan Kelulut (SIG) UMT berkata pihaknya menerima banyak laporan mengenai aktiviti penjualan madu yang dicampur dengan air gula oleh segelintir penternak yang boleh membahayakan kesihatan pengguna.

Beliau berkata kegiatan tersebut boleh membunuh industri madu kelulut yang semakin berkembang di negara ini.
-- BERNAMA

1 comment:

Anonymous said...

bagus makmal madu ada. sebb ramai yg sorok madu bini takut kena marah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails