Monday, October 12, 2020

Begitulah, kalau otak mereka dijajah..

 

Generasi umat Islam sedang dididik ‘cintai’ Israel?

MASA saya mula-mula tengok gambar ini rasa geram sangat. Anak-anak dari negara UAE ini diajar mengibarkan bendera penjajah selepas negara mereka melakukan normalisasi dengan Israel. 

Tapi lama-lama rasa kasihan pun ada. Kasihan kepada anak-anak ‘kain putih’ ini yang dirosakkan oleh ibu bapa yang pastinya juga tertelan propaganda dan tipu helah musuh. Kawan-kawan, bila nampak gambar ini kita akan marah dan sebut yang ia tak patut. Tetapi pada masa sama kita juga kena banyak berfikir. 

Walaupun kita tak terang-terang mengajar anak-anak supaya cintakan penjajah, adakah kita telah mengisi dada mereka dengan semangat mencintai perjuangan dan cakna kepada ummah? 

Adakah anak-anak kita bila melihat orang susah akan tergerak hati mereka untuk bersedekah dan apabila melihat anak-anak saudara seagama mereka dianiaya akan ada rasa marah untuk agama? 
Atau adakah anak-anak kita menolak Israel tetapi hanyut dengan gajet-gajet dan aplikasi buatan musuh yang melalaikan seperti Tiktok dan Snapchat?

Adakah kita menolak musuh secara zahir tetapi secara tidak langsung kita menjunjung budaya mereka seperti pergaulan bebas, keji-mengeji dan memecah belahkan umat serta tidak menjaga aurat?

Marilah kita sama-sama bemuhasabah. Takut-takut kita tidak mengibarkan bendera mereka tetapi kita giat memasakkan panji-panji mereka di dalam kehidupan keluarga tanpa sengaja. Bina Islam bermula dengan keluarga agar ia kelak berdiri kukuh di persada dunia. Kalau ada manfaatnya, kongsikan untuk kesedaran bersama.

NADIR AL-NURI – HARAKAHDAILY 9/10/2020

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Islam adalah agama, dalam ertikata seluruh cara hidup. Bukan hanya beribadat khusus semata-mata. Cara berperibadi Islam, keluarga Islam, masyarakat Islam, berekonomi Islam, bahkan berpolitik hingga ke peringkat antabangsa pun pun Ikut Islam. 

Kalau orang Islam sanggup makan cara Islam, mengapa dalam ilmu politik memerintah tiba-tiba tidak mahu Islam? Masih ikut parti atau jamaah yang tidak Islam, seperti DAP atau lain-lain yang tidak Islam? Kerdil sangat kepala otak mereka.  Tidak mahu guna Islam sebagai petunjuk, mereka tergolong sebagai 'hizbus syaitan' yang sesat.

Mereka itulah yang otak mereka telah dijajah! Insya Allah akan bersambung lagi bab otak dijajah..

Sekian.


Agak terasa anih juga bilamana melihat gambaran bendera Israel berkibar megah di Tuaran, Sabah. Khas nya di Raintree Beach Resort atau lebih terkenal lagi dengan nama Beach and Golf Resort, Mimpian Jadi. 

Setahu saya kerajaan Malaysia masih belum lagi mengiktiraf atau pun mempunyai sebarang hubungan dua hala dengan kerajaan Malaysia. Bagaimanapun, sejauhmana kerajaan tahu perkara ini saya pun kurang pasti. Dalam pada itu, dipetik dari portal berita HarakahDaily sebagai menyatakan PAS Sabah mengecam pengibaran bendera Israel di Resort tersebut. 

Negara haram Israel tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia, bagaimana mungkin kita boleh benarkan bendera negara mereka berkibar megah di sini, Kata Pesuruhjaya PAS Sabah, Mohd Aminuddin Aling. Israel merupakan penjenayah antarabangsa yang telah membunuh dan memerangi negara umat Islam di seluruh dunia.

Perkara ini sangat mengguris perasaan umat Islam Sabah khususnya dan rakyat Sabah secara umum, kata Aminuddin.

Sumber: HarakahDaily, Agensi

2 comments:

Anonymous said...

Apabila pemimpin munafik menjadi pemerintah, mereka sanggup menjadi anjing ternakan rejim pengganas Israel.

Jika tuan Yahudi Zionis memanggil anjing-anjingnya, anjing-abjing akan berlari menjilat kaki tuan Yahudi Zionis mereka.

Jika disuruh menyalak, anjing Zionis Akan menyalak. Di suruh berguling, anjing Zionis berguling. Disuruh duduk, anjing Zionis duduk kerana mereka telah kehilangan kemerdekaan.

Di negara Kita juga terdapat puak kafir harbi roket dan khadam munafik liberal mereka yang sanggup menjadi anjing Zionis kerana US dollars.

Belum diangkat menjadi PM pun sudah pandai menjilat rejim pengganas Israel dan menghina Islam dalam forum antarabangsa Zionis Di luar negara.

Jika anjing Zionis menjadi PM, maka negara Kita akan kehilangan kemerdekaan kerana menjadi anjing Israel.

Kau betul aku salah said...

Contoh pemimpin munafik ialah bila orang tak kurantin kena penjara dan denda tapi bila diri sendiri tak kurantin bayar denda dan gaji 4 bulan boleh setel..conth aje ni contoh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails