Konsensus tubuh kerajaan tanpa DAP dan Anwar
Ahli Parlimen Pasir Mas, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berkata, beliau yakin Ahli-ahli Parlimen Kerajaan kebanyakannya akan terus tetap setia kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didukungi bersama.
“Sebagaimana prinsip yang telah kita persetujui sebelum ini bahawa kita mahu menegakkan kerajaan tanpa DAP dan tanpa Anwar Ibrahim. Kerana saya juga yakin bahawa dakwaan yang disebut oleh Anwar itu tidak akan berjaya.
“Cuma mungkin kalau-kalau ada Ahli-ahli Parlimen di sebelah kerajaan yang diberikan tawaran yang boleh menggugat ataupun tawaran yang menarik.
“Perlulah diingatkan bahawa apa jua tawaran yang dikemukakan itu tidak berbaloi untuk kita menggadaikan masa depan rakyat dan negara dengan memberikan semula negara ini kepada kerajaan yang dianggotai oleh DAP,” ujarnya.
Anwar beberapa hari menjelang PRN Sabah membuat ‘kejutan’ apabila mendakwa dalam sidang medianya bahawa kerajaan Muhyiddin telah jatuh dan beliau mempunyai nombor yang sangat selesa untuk membentuk kerajaan baharu.
Sidang media yang turut mengejutkan serta tidak diketahui pimpinan-pimpinan utama Pakatan Harapan lainnya itu cuma dihadiri isteri Anwar, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Setiausaha Agong PKR, Dato’ Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Bagaimanapun, banyak pihak termasuk penganalisis politik melihat tindakan tersebut hanya pengakuan kosong yang tidak dibuktikan dengan sebarang sandaran, bahkan dilihat mengulangi ‘drama September’ pernah dibuat Anwar sebelum-sebelum ini.
Malah, ramai yang sependapat ianya satu gimik politik untuk meraih sokongan dan mengganggu pertimbangan pengundi bagi PRN Sabah di mana setelah itu menyaksikan koalisi PH diketuai WARISAN gagal mempertahankan kerajaan mereka.
Lebih mengundang pertikaian apabila senarai nama yang tular dinafikan sendiri oleh Ahli-ahli Parlimen berkenaan kepada pihak media, malah ada juga tampil membuat laporan polis atas dakwaan tersebut.
Semalam, Anwar mengeluarkan pula satu kenyataan bahawa telah diperkenankan untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Selasa, 13 September minggu depan.
Menurut Anwar, beliau akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang kukuh dan meyakinkan sepertimana disebutnya sebelum ini.
Terdapat dakwaan bahawa Anwar sudah memiliki 123 Ahli Parlimen tidak termasuk Presiden Umno, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan dua mantan Perdana Menteri iaitu Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad. – HARAKAHDAILY 9/10/2020
Hibur Hibur Sikit: H2S Pilihan: 02 -Muslim Rap-Soldier of Allah.
3 comments:
(1)
Cantik sungguh gelang suasa,
Gagal dibeli badan merana,
Pemimpin liberal gila kuasa,
Tidak peduli Islam dihina.
(2)
Indah sungguh negeri Sarawak,
Singgah di Kuching membeli mutiara,
Pemimpin liberal lidah biawak,
Kepada Israel dia bersaudara.
(3)
Umat Islam diberi taufik,
Sesama Islam suka bersalam,
Pemimpin liberal kepala munafik,
Di depan kafir dia hina Islam.
(4)
Cantik sungguh Sri Menanti,
Tempat aman dijaga koperal,
Pemimpin lama sudah berhenti,
Kerana dikencing pemimpin liberal.
(5)
Para pengguna sibuk membantah,
Kerana mereka ditipu dalal,
Pemimpin liberal jadi pemerintah,
Yang haram menjadi halal.
(6)
Singgah di pasar membeli sotong,
Sotong berasal Pulau Belukang,
Pemimpin liberal dijilat penyokong,
Tidak sedar neraka di belakang.
Wah... Mcm kenal betul dgn dsai.. Jgn saudara ku.. Nanti jenuh cr kat pdg mashsyar nk minta maaf
orang2 yang mempunyai kes2 mahkamah yang berprofil tinggi ibarat seperti cacing kepnasan, duduk pun panas, berdiri pun panas, ini lagikan lupa baring, takut2 terus tak bangun2 lagi
Post a Comment