Wednesday, October 14, 2020

Benarkah PAS pertikai syarat Umno?

 

1. Lihat berita ini (M'sia Dateline)..

PAS mula mempertikaikan langkah Umno yang mahu meletakkan syarat jika mahu parti itu terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Bendahari Pas Pusat, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, Umno yang dahulunya sedang nyawa-nyawa ikan tidak pula meletakkan syarat kepada Perikatan Nasional (PN).

“Masa nyawa-nyawa ikan dulu tak pula letak syarat,” tempelak Iskandar yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor dalam kicauan di Twitter dan hantaran di Facebook pagi ini.

Dalam satu posting di Facebook juga, beliau membandingkan situasi semasa politik dengan kejatuhan kota Baghdad.

“Kalau macam ni jatuh juga kota Baghdad ke tangan Hulagu dan tentera-tentera Mongol,” ujarnya.

Terdahulu, Umno bertindak menarik diri dari kerajaan PN jika gabungan yang membentuk kerajaan itu tidak memenuhi syarat yang akan mereka tetapkan.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung Umno, Datuk Ahmad Maslan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat Biro Politik parti itu di Menara Dato Onn malam tadi.

Syarat-syarat yang ditetapkan itu dimaklumkan akan dikemukakan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Dalam hal berkaitan, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengulangi pendirian mempertahankan kerjasama PN dan masa sama akan memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN).

2. 'Letak syarat pemimpin UMNO jadi Perdana Menteri' kata Lokman

SHAH ALAM - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam berharap antara syarat baharu diletakkan UMNO kepada Perikatan Nasional (PN) adalah Perdana Menteri datangnya daripada parti itu.

Lokman berpandangan sedemikian kerana UMNO adalah parti yang mempunyai kerusi paling banyak dalam kerajaan PN sekarang berbanding Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan parti yang lain.

"Ini baru betul, yang majoriti tentukan hala tuju pemerintahan, bukan parti minoriti buli majoriti. Tahniah UMNO! Harap antara syarat yang diletakkan ialah UMNO Perdana Menteri, Bersatu TPM," katanya dalam kenyataan di laman Facebooknya hari ini.

Beliau berkata, sekiranya PN tidak bersetuju dengan syarat yang diberikan itu UMNO boleh sahaja keluar dari kerajaan dan menjadi pembangkang sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Jika UMNO keluar dari PN dan tidak menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri Tan Sri Muhiyiddin Yassin tumbang.

"Anwar tak jadi Perdana Menteri dan pilihan raya umum dapat diadakan sebaik (koronavirus) Covid-19 reda. Tak lama mana pun,” katanya.

Terdahulu, UMNO dalam Mesyuarat Biro Politik Majlis Tertinggi UMNO dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi malam tadi membuat pertimbangan untuk menarik diri daripada menyokong gabungan politik PN.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, parti itu akan memberi syarat baharu kepada PN bagi meneruskan kerjasama politik secara perjanjian untuk dilaksanakan secepat mungkin.
#Sumber :  SH  

2 comments:

Anonymous said...

Ending...Pee End dan Mmm End dah ending. Byeee

Anonymous said...

Pemimpin UMNO ni tamak dan gila kuasa.Sewaktu nak terkubur dulu bukan main lagi nak bekerjasams dengan PAS.Untuk dapat kuasa sanggup bersekongkol dengan pengkhinat dari PH.Sekarang mulalah nak tunjuk taring dengan kawan2nya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails