Wednesday, October 14, 2020

Guan Eng, Mat Sabu Mengadap Agong Ditangguh..

 

Gambar fail, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu (kiri) dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. - Foto dappg.org

KUALA LUMPUR: Sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah oleh dua pemimpin kanan Pakatan Harapan (PH) ditangguhkan.

Dalam satu kenyataan bersama, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sepatutnya dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini, manakala Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu, pada 21 Oktober.

"Namun, semalam Setiausaha Sulit Kanan baginda memaklumkan kepada kami bahawa kedua-dua sesi menghadap Tuanku ditangguhkan.

"Kami menjunjung titah dan mendoakan agar Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong serta seluruh kerabat dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan," menurut kenyataan itu.

Terdahulu, kira-kira 20 pengamal media berkumpul di hadapan pintu 2 Istana Negara di sini, menantikan kehadiran pemimpin parti politik.

Ia susulan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diperkenan menghadap Yang di-Pertuan Agong semalam, yang didakwanya mempersembahkan kenyataan sahih beliau yang mendakwa mendapat sokongan majoriti lebih 120 Ahli Parlimen.

Istana Negara dalam kenyataan kemudian menyatakan Anwar hanya mengemukakan jumlah Ahli Parlimen yang didakwa memberi sokongan terhadapnya untuk membentuk kerajaan tanpa mengemukakan senarai nama Ahli Parlimen untuk mengukuhkan dakwaan berkenaan.

Sehubungan dengan itu, Al-Sultan Abdullah telah menasihati Anwar untuk akur dan menghormati proses-proses perundangan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kenyataan Istana Negara juga menyatakan Yang di-Pertuan Agong menitahkan Istana Negara melaksanakan sekatan pergerakan separa susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

PKPB dikuatkuasakan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor mulai hari ini sehingga 27 Oktober dalam usaha membendung peningkatan kes COVID-19. (BH)

8 comments:

Anonymous said...

Agong patut jumpa guan eng jer, sabu tak payah. Sebab sabu akan ikut apa saja yg guan eng cakap. Putih kata guan eng maka putih kata sabu dan seterusnya.

Unknown said...

Tungguuuuuu.. Mendebarkan

Anonymous said...

Harap harap tak berlaku perubahan pm. Yg sedia ada dan team jauh lebih baik dari team ph.

Anonymous said...

Belum tentu dengan pertukaran akan ada kestabilan. Makin tidak stabil adalah kemungkinan yg besar. Mahathir yg terkenal dengan bijak pun telah merudum teruk. Jangan pisang berbuah dua kali. PRU adalah terbaik.

Anonymous said...

Antara janji Anwar, "Hari ini menang, esok harga minyak turun". Akhirnya harapan rakyat untuk nikmati harga minyak turun, berkecai dikencing hidup2. Biar kerajaan sekarang berkhidmat hingga akhir tempoh.

Anonymous said...

Non dah pass bola kepada YDPA? Bola dikaki YDPA, bijak strategi Non ni? Suroh baginda selesaikan? Masing2 ketua akan datang dengan jawaban yang penuh strategi, berbelit2 dan berpusing2?

Kesian YDPA! Susah2 bubarkan sahaja parlimen!



Anonymous said...

Kalau di jepun, rakyat jepun dipimpin oleh pemimpin jepun. Mereka maju. Di korea rakyat korea, dipimpin oleh pemimpin korea. Mereka maju. Di malaysia, orang melayu dipimpin oleh pemimpin melayu. Tapi pemimpin melayu gagal memajukan orang melayu. Mereka sebuk berebut jawatan kerana pegang jawatan boleh kaya raya dan dapat projek. Pilih pemimpin melayu yg tidak bercita2 jadi kaya seperti pemimpin pas.

Anonymous said...

Yg ditakuti oleh dap ialah pas yg punya visi dan misi majukan bumiputera dan malaysia. Dap takut kerana pas bersih dan tidak rasuah. Kerana itu dap berusaha memburukkan pas dan pimpinannya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails