Tuesday, October 13, 2020

Saman fitnah terhadap LGE berhubung projek terowong bawah laut..

 

Lim Guan Eng hadir di Mahkamah Tinggi di Georgetown, hari ini. - FOTO BERNAMA
Guan Eng nafi kenyataan didakwa fitnah hanya fokus, rujuk Abdul Azeez 

GEORGETOWN: Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, beliau tidak bersetuju dengan dakwaan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim bahawa kenyataan dibuatnya (Guan Eng) pada satu sidang akhbar, 28 Februari 2018, hanya merujuk kepada Ahli Parlimen Baling itu.

"Saya ingin menyatakan bahawa sebahagian besar kenyataan itu merujuk kepada pihak lain, iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), UMNO serta MCA, dan hanya sebahagian kecil daripadanya merujuk kepada plaintif (Abdul Azeez)," kata Guan Eng dalam penyataan saksi dibacakan di hadapan Hakim Datuk Rosilah Yop.

Beliau yang memberi keterangan pada pendengaran saman fitnah difailkan terhadapnya oleh Abdul Azeez berhubung projek terowong bawah laut berkata, sebelum kenyataan itu dibuat, ahli politik UMNO dan MCA telah melemparkan dakwaan berterusan terhadap Kerajaan Pulau Pinang berhubung dakwaan amalan rasuah dalam projek terowong bawah laut.

"Dakwaan mereka disiarkan dalam bentuk artikel dan telah diakses oleh orang ramai pada masa yang material.

"Selain itu, SPRM telah menyiasat projek terowong bawah laut Pulau Pinang dan menyerbu beberapa agensi kerajaan di Komtar serta menyoal siasat pegawai daripada Kerajaan Pulau Pinang," katanya.

Guan Eng juga tidak bersetuju bahawa kenyataan yang dibuat pada sidang akhbar itu memfitnah plaintif.

"Saya tidak setuju. Seperti yang disebutkan sebelum ini, sebahagian besar kenyataan itu merujuk kepada pihak lain, iaitu SPRM, UMNO, MCA dan bukan plaintif.

"Selain itu, saya percaya bahawa bahagian kenyataan yang dirujuk adalah tertakluk bawah pembelaan justifikasi, komen adil dan perlindungan bersyarat," katanya.

Guan Eng berkata, kenyataan yang beliau keluarkan pada sidang akhbar itu juga tidak mendakwa atau menyebut bahawa Abdul Azeez terbabit dalam rasuah.

Abdul Azeez memfailkan saman itu pada Mac 2018 yang mendakwa Guan Eng mengeluarkan kenyataan fitnah pada sidang akhbar di pejabat Ketua Menteri, 28 Februari 2018, dan ketika rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang pada hari sama yang mengaitkan beliau dengan pembayaran sebanyak RM3 juta sebagai yuran perundingan oleh pemaju projek terowong bawah laut.

Beliau mendakwa kenyataan itu telah mendapat liputan meluas dan diterbitkan dalam beberapa laman sesawang, laman berita elektronik serta akhbar tempatan, selain disiarkan dalam beberapa halaman akhbar dan media sosial defendan.

Plaintif mendakwa saman itu dibuat berikutan kenyataan terbabit telah menyebabkan Abdul Azeez mengalami kerosakan amat dahsyat terhadap reputasi dan nama baiknya, di samping terpaksa mengalami keaiban, kebencian amat sangat serta penghinaan daripada orang awam.

Sehubungan itu, Abdul Azeez memohon ganti rugi am termasuk ganti rugi pampasan, teladan, ganti rugi tambahan, kos tindakan dan relif lain difikirkan sesuai oleh mahkamah, selain turut memohon suatu perintah untuk penerbitan balik kenyataan menyinggung berhubung isu terowong dasar laut itu serta permintaan maaf awam dalam akhbar serta media elektronik tempatan.

Beliau juga memohon injunksi bagi menghalang defendan daripada terus menerbitkan, membolehkan atau menyebabkan kenyataan menyinggung berkenaan diterbitkan.

Mahkamah menetapkan 11 Disember depan untuk keputusan. – BERNAMA

8 comments:

Anonymous said...

Najib dah jatuh hukum.
Ni si apek ni bila nak jatuh hukum?

Anonymous said...

Dsai jadi pm, apek ni bebas. Semua tuduhan tukar jadi fitnah. Politik m'sia.

Anonymous said...

Muslim kena berhijrah. Yg menyokong dap, tidak lagi menyokong dap. Dan juga berhijrah dari pkr yg liberal. Dan berhijrah dari pan yg keluar dari gagasan ulamak. Hijrah ke BMF, dan tolak produk non muslim yg guna logo halal.

Anonymous said...

Yaa..yg mana keje syarikat kapir, sila berhenti kerja dan tukar kerja ke syarikat muslim.

Anonymous said...

Lahirkan lebih ramai peniaga muslim supaya lebih banyak peluang pekerjaan diujudkan.

Kau betul aku salah said...

Najik jatuh hukum sbb terbukti terang terangan berlakunya salahlaku keatas semua pertuduhan kes src..no doubt..12 tahun beb

Lge nth apa la kes yg nk di bawak..salah laku sbb senyum org nk offer rasuah kot

Kau betul aku salah said...

Itulah yg diharapkan.. Kebenaran akan mengatasi kebatilan.

Kau betul aku salah said...

Nk hijrah ke mana tu..nk harapkan p4s..semua dah ke laut ruu355..adib...dong zong..haramkan arak..pemandu mabok..semua hantu dah masuk kubo..haram jadah

Aku pasti kalau ditakdir anwar perintah semula hantu² kubo ni akan keluar balik menyalak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails