Friday, April 20, 2012

Fatwa: Peguam Muslim Setuju Tindakan Kedah

KL 20 Apr 12: Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) bersetuju dengan tindakan Kerajaan Negeri Kedah yang meluluskan pindaan undang-undang untuk menghalang fatwa yang diputuskan mufti atau jawatankuasa fatwa, sama ada diwartakan atau tidak, daripada dicabar, dirayu, disemak mahupun dipersoal dalam mahkamah sivil atau syariah.

Presidennya, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar (gambar) berkata, peruntukan dalam Rang Undang-undang Mufti dan Fatwa (Kedah) (Pindaan) 2012 itu dibentangkan dalam sidang DUN Kedah bagi menggantikan Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008 (Enakmen 10) dengan memasukkan Fasal 22A yang berbunyi

‘Walau apapun undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan, fatwa yang telah diputuskan oleh mufti atau Jawatankuasa Fatwa samada diwartakan atau tidak hendaklah dipatuhi dan tidak boleh dicabar, dirayu disemak dinafikan atau dipersoal dalam mana-mana mahkamah sivil atau syariah.’

Beliau berkata, tindakan tersebut hanyalah merupakan suatu penegasan semula tentang kedudukan Mufti di sisi undang-undang.

Katanya, ia juga selaras dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di dalam kes ESQ mlwn Mufti Wilayah Persekutuan yang memutuskan fatwa mufti tidak boleh dicabar di mahkamah sivil.

“Malah di dalam kes Mahkamah Persekutuan iaitu Sulaiman Takrib mlwn Kerajaan Negeri Trengganu Mahkamah Persekutuan memutuskan institusi kemuftian ini adalah sah disudut Perlembagaan Persekutuan dan tidak langsung bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau.. Fatwa: Kenyataan penuh Peguam Muslim..

Lihat sebelum ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails