
Izham [dua dari kiri] dalam sidang media di pejabat ahli Parlimen Shah Alam
SHAH ALAM, 18 April 12: UMNO dicabar supaya buktikan kenyataannya. Ahli-ahli Majlis Bandaraya Shah  Alam (MBSA) hari ini meminta pihak yang mendakwa Shah Alam jadi  bandaraya maksiat selepas diambilaih Pakatan Rakyat mengemukakan bukti  mereka.
"Sila tampil kemukakan bukti, jika tidak lebih baik tutup  mulut," kata Izham Hashim ahli MBSA yang bercakap bagi pihak ahli  majlis yang lain.
Beliau menafikan sekeras-kerasnya dakwaan pihak  tertentu yang mengatakan bahawa Bandaraya Shah Alam kini menjadi 'Sin  City' sejak berada di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat.
Jelas  Izham, tuduhan sering kali dilakukan oleh Umno dalam ceramah dan  kenyataan akhbar bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat dan MBSA sangat longgar  dalam memberi lesen judi, minuman keras, rumah-rumah urut mahu pun hotel  bajet di seluruh Shah Alam.
"Untuk makluman, MBSA tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen premis baru perjudian sejak Mac 2008.
"Manakala  lesen premis baru minuman keras hanya dibenarkan untuk pemborong sahaja  dan peruncit di kawasan majoriti orang bukan Islam," jelasnya pada  sidang media di Pejabat Ahli Parlimen Shah Alam.
Tambahnya lagi,  lesen rumah-rumah urut telah lama dibekukan kecuali yang betul-betul  menjalankan khidmat urut kaki (refleksologi) dan spa wanita. Hotel-hotel bajet pula dilesenkan mengikut keperluan dan dengan peraturan serta pemantauan yang rapi.
Katanya  lagi, MBSA mengakui kewujudan pelbagai premis 'maksiat' di atas yang  tidak sah dari segi undang-undang, namum langkah pencegahan dan  penguatkuasaan telah diambil dari masa ke semasa.
"Kita telah  turut serta bersama-sama pegawai penguatkuasaan MBSA dalam setiap  serbuan dan lawatan mengejut ke premis yang berlesen mahupun tidak bagi  tujuan penguatkuasaan sejak tahun 2008.
"Hasilnya banyak  tempat-tempat maksiat telah ditutup dan barangan mereka telah dirampas,  malah ada juga kes yang kita ambil tindakan undang-undang ke atas  pemilik," sambungnya lagi.
Dalam pada itu, beliau turut  memberitahu wujud kekangan dalam setiap serbuan yang MBSA lakukan  apabila tidak ada kerjasama dengan pihak berkuasa mahupun agensi  kerajaan yang lain.
"Kekangan kita bila meminta agar Tenaga  Nasional Berhad (TNB) membuat pemotongan elektrik di premis yang di  serbu mahupun disita mereka meminta surat dari pihak polis.
"Tetapi  bila kita meminta tolong dari pihak polis perkara yang mendukacita  berlaku, ini adalah kekangan yang besar apatah lagi jika ada pendatang  asing maka pihak Imigresen diperlukan," jelasnya lagi. (IH/MK)
Sebelum ini..


 
 

1 comment:
InfoDariBlogspot dan Akram Berbagi – Blog berisi Info Gadget dan Info Menarik terbaru
Dewasa Online
Foto Memek
Post a Comment