Wednesday, April 18, 2012

UMNO Terus Mengganas, Polis Perlu Siasat.

BENGKAK...Nazir Masjid Abdul Basir yang diserang

SHAH ALAM, 18 April: UMNO terus mengganas? Lihat berita ini.. Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman mengecam tindakan serangan ke atas Nazir Masjid As-Solehin Teras Jernang, Bandar Baru Bangi, Abdul Basir Alias baru-baru ini.

Jelasnya, tindakan ganas ini telah dikenal pasti didalangi oleh pemimpin Umno setempat.

"Tindakan tersebut adalan satu perbuatan yang tidak bertamadun dengan tujuan untuk membangunkan budaya samseng yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat setempat," jelasnya pada sidang media di Shah Alam.

Tambahnya kejadian tersebut berlaku semasa nazir masjid baru memulakan mesyuarat agung tahunan pemilihan jawatankuasa masjid apabila beliau didatangi oleh pemimpin Umno setempat.

Seterusnya salah seorang penyokong Umno telah menghantuk kepala kepada Abdul Basir sehingga mengakibatkan mata beliau lebam dan bengkak.

"PAS Selangor difahamkan bahawa Abd Basir yang bimbang keselamatannya kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.

"Oleh itu, saya mengharapkan agar pihak polis dapat melakukan siasatan dan pemantauan terhadap laporan tersebut dengan lebih serius," sambungnya lagi.

Dr Ab Rani juga berpendapat Umno-Barisan Nasional kini sudah terdesak disebabkan kehilangan kuasa dan sokongan sehingga sanggup mengambil tindakan kekerasan yang ganas terhadap pemimpin-peminpin masyarakat.

"Apakah tindakan samseng ini natijah daripada hasrat Presiden Umno yang mahu merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat dengan apa cara sekalipun," persoal beliau. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails