Friday, April 20, 2012

Siasat Siapa Dalang Serang Siswa? -Ameerah



KL 20 Apr 12:
Ameerah Dewan Muslimat PAS Pusat mahu pihak polis menyiasat siapa dalang disebalik serangan terhadap mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka awal pagi semalam.

Sambil mengecam tindakan samseng itu, pengerusinya Fareedah Samad berkata, mereka yang bertanggungjawab dalam serangan itu harus dikenakan tindakan tegas agar kejadian serupa tidak berulang.

"Ameerah sekali lagi menggesa pihak Polis Di Raja Malaysia untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh berkaitan kumpulan samseng ini termasuklah individu yang terlibat, master mind di belakang kumpulan ini dan pihak yang memberi jaminan keselamatan kepada mereka.

"Ameerah juga mahu pihak polis segera mengambil tindakan yang tegas ke atas kumpulan samseng tersebut ini bagi mencegah kejadian yang lebih buruk berlaku pada masa akan datang," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam insiden pagi semalam itu seorang siswa dilaporkan cedera apabila kumpulan mereka yang berkhemah di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur diserang sekumpulan lelaki yang didakwa 'samseng'.

Kumpulan itu mengepung pelajar di tapak khemah tersebut dan mula mengganggu serta mengasari dan merobohkan khemah mereka kira-kira jam 2.45 pagi.

Pelajar yang mengalami kecederaan itu dilaporkan dibawa ke hospital dengan ambulans.

Menurut Fareedah lagi, lebih dikesali dalam insiden itu apabila samseng terbabit didakwa turut menyepak kepala seorang siswi.

"Provokasi melampau ini dilihat sebagai kelakuan yang amat tidak bermoral dan dikhuatiri akan berulang sekiranya tiada sebarang tindakan tegas yang diambil terhadap mereka.

"Mereka hanya berhimpun secara aman di Dataran Merdeka tanpa mengganggu orang sekeliling. Mereka hanya tidur di dalam khemah secara tertib jauh sekali untuk melakukan aktiviti yang tidak sihat seperti merempit dan sebagainya," katanya lagi. (Hrkh)

2 comments:

gorilla said...

Sakit kena sepak? Kalau tk tahan sakit, duk bwh ketiak mak lagi eluk. Hanya yg benar2 lasak dan bersemangkat aje yg patut join rally..sorry :(

Anonymous said...

Gorila; sepak kpala mak ko bleh?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails