Monday, April 16, 2012

PRU 13 Dekat, Cuti Sekolah Hujung Mei Awal Jun?

PUTRAJAYA - Barisan Nasional (BN) akan mula menghantar surat kepada pemimpin parti komponen bermula hari ini bagi meminta supaya menghantar senarai nama calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, perkara itu diarahkan Perdana Menteri selaku Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dan mereka diberi masa dua minggu untuk mengemukakan senarai calon masing-masing.

"Esok (hari ini) akan tulis kepada semua pemimpin parti komponen seperti yang diarahkan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan komputer riba 1Malaysia di sini semalam.

Katanya, beliau juga difahamkan ada parti komponen yang tidak mahu lagi bertanding di kawasan yang diperuntukkan kepada mereka sebelum ini, sebaliknya menyarankan kawasan tersebut lebih sesuai ditandingi parti komponen lain.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tanda PRU 13 sudah dekat. Diramalkan pada cuti sekolah hujung bulan Mei dan awal Jun.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails