 Gadis yang menawarkan perkhidmatan seks akan ditempatkan di salah sebuah hotel di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Gadis yang menawarkan perkhidmatan seks akan ditempatkan di salah sebuah hotel di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
KL 18 Apr 12: Dalang di sebalik sindiket pelacuran kini lebih kreatif apabila mereka didapati menggunakan taktik menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi mencari pelanggan baharu terutamanya dalam kalangan orang Cina.
SMS berbahasa Mandarin itu yang dihantar secara rawak turut mengandungi maklumat lengkap senarai gadis yang dibekalkan selain harga dan lokasi urus niaga seks terbabit.
Menurut butiran SMS berkenaan, pelacur yang ditawarkan terdiri dalam kalangan pelajar tempatan. Ia mendakwa sebahagian mereka baru berusia 15 tahun dan boleh dilanggan dengan harga RM298 termasuk sewa bilik.
Seorang wartawan yang menyamar sebagai pelanggan berjaya menghubungi nombor telefon yang tertera dalam SMS berkenaan.
Sindiket itu menggunakan laman web yang pelayannya beroperasi  di  luar negara turut mempromosi pelacur dengan pakej mengikut kategori   tertentu iaitu pelajar, gadis luar negara, suri rumah, setiausaha dan   pekerja pejabat pada harga RM100 hingga RM4,000 sejam mengikut selera   pelanggan.
Sementara itu, sindiket pelacuran yang beroperasi menggunakan Internet juga dikesan, turut menyediakan borang khusus bagi merekrut wanita tempatan untuk dijadikan pelacur dengan menawarkan pakej sepenuh atau separuh masa dengan syarat cukup mudah.
Bagi wanita yang berminat,  mereka perlu mengisi borang berkenaan  dengan menyertakan nama, gambar  muka dan saiz ukuran badan, gaya rambut,  warna kulit, alamat dan nombor  telefon yang boleh dihubungi. Borang-borang itu ke alamat e-mel tertera, ahli  sindiket akan menghubungi,  seterusnya menawarkan pakej disediakan tanpa  perlu bertemu.
Jika  persetujuan dicapai, wanita berkenaan perlu  menunggu panggilan telefon  daripada ahli sindiket terbabit yang  mencarikan pelanggan sebelum  mengarahkan wanita itu pergi ke mana-mana  hotel atau rumah yang dipilih  pelanggan.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Soalnya sekarang, salahkah seseorang itu menjadi pelacur dengan kerelaan sendiri dan tidak melanggar peraturan-peraturan yang ada? Maka kena kaji balik sistem perundangan di negara ini, sesuaikah dengan Islam agama negara ini atau tidak..
(IH)

 
 

No comments:
Post a Comment