 
                            SURA GATE – Demi cinta, seorang pelajar perempuan yang masih menuntut  di tingkatan lima sebuah sekolah menengah di sini sanggup ponteng untuk  menemui teman lelakinya bagi memadu asmara di sebuah hotel murah, dekat  bandar ini.
Bagaimanapun, kunjungan gadis itu ke bilik disewa teman lelakinya  dengan harga RM65 satu malam sejak dua hari lalu itu membawa padah  apabila mereka dicekup pihak Pegawai Penguatkuasa Syariah (PSS) kerana  berdua-duaan di bilik hotel.
Ketika serbuan dilakukan PPS Dungun kira-kira jam 8.30 pagi, gadis yang  akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu  berpakaian biasa manakala teman lelakinya yang berasal dari Kuala  Terengganu hanya berseluar pendek.
Pelajar perempuan itu dikatakan keluar rumah dengan memakai uniform  sekolah, namun dia tidak pergi ke sekolah, sebaliknya menuju ke bandar  Dungun untuk menemui teman lelakinya di hotel yang terletak di deretan  bangunan perniagaan Sura Gate.
Difahamkan, kedua-dua pasangan tersebut berkenalan melalui telefon  sejak beberapa minggu lalu dan ketika ditahan, gadis berasal dari  Kampung Tanah Lot itu dikatakan datang ke hotel berkenaan untuk  menghantar makanan kepada teman lelakinya yang difahamkan baru bangun  tidur.
Soal siasat PPS mendapati kedua-dua mereka tiada hubungan muhrim sah  dan pasangan itu kemudiannya dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk  diambil keterangan.
Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan  Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001. Jika sabit kesalahan,  mereka berdepan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak  melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. (SH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Najis zina berlaku di kalangan budak sekolah, lagi bukti dasar pelajaran gagal membangunkan manusia, samada material dan spiritual. Oleh itu, dalam PRU 13 ini, tolak saja kerajaan BN, undilah PAS!
 
 

No comments:
Post a Comment