Wednesday, May 16, 2012

Red Wariors: Tak Mudah Dibolosi Penyerang Import

SEMANGAT...pemain Kelantan giat menjalani latihan menghadapi final, Sabtu ini.

SEMANGAT...pemain Kelantan giat menjalani latihan menghadapi final, Sabtu ini.

SUKAN

PERLAWANAN akhir Piala FA menentang Sime Darby Sabtu ini, tidak boleh dipandang mudah dan pasukan Kelantan perlu berusaha memastikan kubu tidak mudah dibolosi penyerang import berbisa pasukan lawan dari Liberia, Patrick Ronaldinho Wleh.

Penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek mahu rakan sepasukan berwaspada berdepan ancaman penyerang import itu yang mampu mengkucar-kacirkan kubu pertahanan.

“Pergerakan Ronaldinho perlu dikawal ketat barisan pertahanan kerana pemain itu mempunyai kemahiran penyudah tajam berbisa.

“Kami tidak memandang mudah pertemuan dengan Sime Darby sebaliknya lebih serius dalam misi muncul juara. Kami sedar pasukan itu banyak membuat kejutan apabila menewaskan Johor FC dan Terengganu untuk layak ke final Piala FA,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan di Stadium Sultan Muhammad IV, semalam.

Pemain pertahanan Kelantan, S Subramaniam berkata, Kijang akan tebus kekecewaan final Piala FA 2010 dan 2011 selepas Red Warriors akur dengan kekalahan kepada Selangor dan Terengganu. Katanya, barisan pemain pertahanan perlu mengunci pergerakan Ronaldinho tiada ruang buatnya membolosi gawang Kelantan.

“Saya percaya dengan kehadiran pemain import, Obina Nwaneri, dalam barisan pertahanan mampu menyekat kemaraan pemain itu,” katanya.

Pengurus Kelantan, Azman Ibrahim menganggap final Piala FA 2012 sebagai cabaran paling besar Red Warriors pada percubaan ketiga membawa pulang piala itu ke negeri ini. Beliau mengakui kegagalan dua kali pada 2009 dan 2011 cukup memeritkan kerana belum pernah menggenggam piala itu dalam kempen Liga M.

 Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula menasihatkan semua penyokong dan peminat The Red Warrior menjaga tatatertib mereka pada pertandingan akhir Piala FA menentang Sime Darby Sabtu ini.

Beliau berkata, selain menjaga keselamatan sepanjang perjalanan, rakyat negeri itu yang akan berkunjung ke Stadium Nasional Bukit Jalil nanti juga perlu menjaga nama baik negeri Kelantan sesuai dengan nama jolokannya sebagai 'Serambi Mekah'.

"Mudah-mudahan Allah selamatkan pemain kita. Sentiasa ingat kepada Allah. Dalam permainan kita jangan tinggal sembayang. (IH)

Sebelum ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails