Sunday, May 13, 2012

Media Alternatif Boleh Membuat Bising.. -A.Kadir Jasin



Penal forum anjuran Kami...Lutfi, A Kadir Jasin, Fathi Atis, Ambalagan dan Hanipa

KL 12 Mei 12: Media alternatif boleh 'membuat bising' untuk menuntut hak mereka agar diberi ruang dalam media rasmi kerajaan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) atau Jabatan Penerangan Malaysia.

Demikian tegas mantan Ketua Pengarang News Street Times (NST) Datuk A.Kadir Jasin dalam Konvensyen Akses Media Adil dan Bebas anjuran Kumpulan Aktivis Media Independen (Kami).

Jelasnya, media alternatif termasuk media yang dimiliki oleh Pakatan Rakyat dan pembangkang  adalah pembayar cukai.

"Media rasmi seperti RTM dan Jabatan Penerangan boleh dipaksa beri ruang kepada semua pihak kerana mereka bayar cukai," katanya di hadapan kira-kira 100 orang pengamal media.

Bagaimanapun, beliau tidak menyangka akhbar arus perdana dan media rasmi kerajaan akan memberi layanan adil dan sama rata untuk parti lain.

Terdahulu, Setiausaha Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJ) V. Ambalagan turut menyuarakan pandangan yang sama, pembayar cukai mesti diberi akses dalam media rasmi.

"Media swasta cetak dan elektronik seperti Astro, TV3 dan radio sudah tentu tidak boleh akses, tapi media rasmi seperti RTM mereka boleh tuntut," katanya.

Sementara itu, Kadir percaya media tradisional tidak akan berlaku adil sebaliknya akan terus mewar-war BN dan memberi negatif kepada Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, katanya Pakatan Rakyat tidak akan terjejas dalam PRU nanti walaupun media tradisional tidak memberi ruang kepada mereka.

"Dalam PRU 2008, media baru menjadi media utama kepada Pakatan Rakyat akhirnya berlaku tsunami politik," katanya.

Ekoran itu, tambahnya BN mengakui dan mengiktiraf pentingnya media baru sehingga memastikan calon-calon pilihan raya nanti mahir dalam media baru itu.

Pengaruh media tradisional merosot dengan teruk pada PRU 2008 oleh kerana laporan yang tidak adil menyebabkan rakyat menumpu kepada media online.(Hrkh)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails