Nik Aziz: "Akan ada Bersih 4.0'
Nik Abdul Aziz menerima borang penyertaan ke dalam Pas daripada Wan Aishah di Gombak. - Foto ihsan telokbakong.blogspot.com 

KL 13 Mei 12: “Saya merasa terharu kerana diberi peluang memberi borang keahliannya (borang menjadi ahli PAS) kepada Tuan Guru Nik Aziz dan inilah perkara yang ingin saya buat setelah mendapat hidayah Allah,”

Kata penyanyi popular bersuara lunak dan Juara Lagu 1990, Wan Aishah Wan Arifin semasa menyerahkan borang keahlian menyertai Pas kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,di majlis Ceramah Langkah Rakyat ke Putrajaya di Markas Tarbiah Pas Pusat Taman Melewar dekat sini, 11 Mei malam.

Aishah ketika berucap pada majlis itu berkata, beliau mengambi keputusan menyertai Pas kerana merasakan ia fasa kedua dalam hidupnya selepas mendapat hidayah Allah.

“Saya merasa terharu kerana diberi peluang memberi borang keahliannya kepada Tuan Guru Nik Aziz dan inilah perkara yang ingin saya buat setelah mendapat hidayah Allah,” katanya.

Ceramah pada malam itu turut dihadiri oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz, MB Kelantan, bekas Menteri Kesihatan, Datuk Dr Chua Jui Meng dan anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Tun Ghafar Baba, anjuran PAS Kawasan Batu. (IH)