Friday, March 30, 2018

Ini, Perogol Dibogel, Diarak, Ditampar. Mana Baik Dengan 'Hudud'?




NEW DELHI – Dua lelaki yang didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dimalukan dengan diarak dalam keadaan tanpa seurat benang dengan tangan diikat di belakang.

Dalam kejadian Isnin lalu, kedua suspek yang dipercayai berusia lingkuagan 20’an itu dipaksa berjalan di sepanjang jalan di Yingkiong, di timur laut India sebagai peringatan kepada orang ramai.
“Perarakan itu sebagai iktibar dan bagi menimbulkan rasa takut kepada orang awam untuk tidak melakukan jenayah rogol.
“Ia juga bagi meningkatkan keyakinan mangsa rogol supaya tampil membuat laporan pihak berkuasa,” kata Timbalan Ketua Polis India, John Neihlaia yang dipetik portal Dailymail.
Rakaman video yang tular di media sosial itu turut menunjukkan suspek ditampar dan dipukul oleh sekumpulan wanita sebelum mereka diserahkan kepada polis.
John Neihlaia berkata, mangsa pada awalnya bersetuju untuk keluar bersama dengan salah seorang suspek yang baru dikenalinya dari laman sosial.
Bagaimanapun mangsa dirogol oleh kenalannya itu bersama dengan tiga lagi rakan suspek. Selepas kejadian itu, mangsa dihantar pulang ke rumahnya pada jam 2 pagi dan mangsa membuat laporan polis pada keesokkan harinya.
Sementara itu, saudara kepada mangsa bersama dengan jiran-jiran berjaya menangkap dua suspek yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu sebelum diserahkan kepada pihak polis.
Difahamkan, penduduk kampung di negeri Arunachal Pradesh telah menggunakan ‘hukuman’ seperti itu ke atas perogol sebelum ini.
Februari lalu, seorang lelaki dan rakan subahatnya yang didakwa memperkosa budak perempuan berumur lapan tahun turut diarak di sepanjang bandar Daporijo.
Kedua-dua suspek diheret keluar dari lokap polis sebelum dibelasah beramai-ramai dan mayatnya dibuang di bulatan jalan. Lapor MYNEWSHUB.CC
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini, penjenayah perogol dibogel, diarak, dan diitampar. Mana baik dengan hukum 'Hudud' dalam perundangan Islam? Di Malaysia, kalau anda mahu berhukum dengan hukuman Allah SWT sokonglah PAS. 
UNDILAH PAS dalam PRU14
 PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?
*Video sekadar hiasan…

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails