Saturday, March 31, 2018

DAP Diserang Di Kubunya.. 2,000 Hadir Ceramah Kisah Benar PP.

 DUA kerusi khas yang di berikan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang kosong kerana tidak hadirkan diri pada program Ceramah Kisah Benar Pulau Pinang 2.0 di Dewan Persatuan Tan Si Eng Chuan Tong, Butterworth, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar


BAGAN: Lebih 2,000 penduduk di kerusi Parlimen Bagan yang disandang Ketua Menteri, Lim Guan Eng hampa apabila Setiausaha Agung DAP itu tidak hadir pada Ceramah Kisah Benar Pulau Pinang 2.0 di sini, malam tadi.
Malah, dua kerusi disediakan untuk Guan Eng dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dibiarkan kosong selepas kedua-dua mereka dikatakan enggan menghadiri ceramah berkenaan, walaupun jemputan mengenainya disebar luas melalui pelbagai medium.
Orang ramai yang menghadiri ceramah itu, majoritinya daripada masyarakat Cina tertarik dengan ucapan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mengenai kontroversi projek mega terowong dasar laut.
Sambutan hebat turut diberikan kepada ucapan ahli panel lain, membabitkan Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Eric See-To Choong dan Pengerusi MCA Pulau Pinang, Datuk Tan Teik Cheng yang juga membincangkan mengenai kontroversi sama.
 TIMBALAN Presiden MCA merangkap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (kiri) bersama Pengerusi MCA Pulau Pinang, Datuk Tan Teik Cheng (kanan) ketika hadir pada program Ceramah Kisah Benar Pulau Pinang 2.0 di Dewan Persatuan Tan Si Eng Chuan Tong, Butterworth, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar
Semalam, Ka Siong yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri mencabar Kit Siang untuk menghadiri ceramah berkenaan bagi menafikan hasil penemuan MCA berhubung skandal terowong dasar laut bernilai RM20.5 bilion.
Projek terowong dasar laut kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dengan fokus siasatan membabitkan kos pelbagai kajian bernilai RM305 juta dan kelewatan pelaksanaannya menjangkau lebih 22 bulan.
Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails