Saturday, March 31, 2018

PH Kumpulkan Penentang Islam. -Presiden PAS

Datuk Seri Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – “PAS tidak bersama Pakatan Harapan (PH) yang mengumpulkan semua jenis yang nyata menentang Islam,” kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kata beliau, PAS juga tidak boleh bersama dengan Pakatan Harapan kerana gabungan parti pembangkang itu sanggup melakukan apa sahaja tanpa sempadan akhlak dan dasar mempertahankan negara.
“Semua yang menolak Islam tidak boleh bersama PAS, walaupun paling cerdik ilmunya sehingga mengatasi akal atau paling lama pengalamannya sehingga bertongkat dagu ke bumi.
“PAS berpegang kepada konsep maaf dan taubat terhadap semua dan mengutamakan keamanan dan perdamaian,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Barisan pimpinan PAS terutama Abdul Hadi ketika ini sedang diserang hebat oleh Pakatan Harapan gara-gara enggan menyertai gabungan pembangkang diketuai DAP tersebut.
Walaupun Pakatan Harapan diketuai DAP, namun parti itu kini dipengerusikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dipergunakan untuk memancing undi Melayu buat pembangkang.
“PAS teguh beristiqamah bersama Islam dan tetap menolak sesiapa yang menolak Islam walaupun orangnya paling cerdik, kerana cerdiknya tidak boleh ditumpang dan bodohnya tidak boleh berkira,” katanya. – MYNEWSHUB.CC


Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails