Tuesday, March 27, 2018

Kes LGE: 14 Saksi Bakal Beri Keterangan.



Perbicaraan kes rasuah membabitkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bersambung untuk hari kedua hari ini dengan pihak penndakwa dijadual mengemukakan 14 saksi.

Semalam peguam bela Lim, Gobind Singh Deo mengasak saksi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Muhsin Latheef dengan pelbagai soalan berhubung dakwaan yang dibuatnya terhadap tertuduh.

Dalam sesis berkenaan Gobind menunjukkan bahawa Muhsin - turut dikenali dengan nama Mamu Parpu itu - seorang penyokong tegar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kata peguam berkenaan serangan ke atas Lim adalah sebuah "konspirasi politik" dan ada bukti membuktikannya, termasuk hantaran Muhsin dalam media sosial yang menggesa orang ramai menyokong BN pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 ini.

Ia juga disertakan dengan tanda pagar "Kami geng Najib".

Gobind yang juga anggota parlimen Puchong itu turut mendedahkan Muhsin - yang membuat aduan mengenai Lim kepada SPRM - tidak mempunyai kepakaran dalam hal penilaian hartanah serta tidak mengetahui bila ketua menteri Pulau Pinang itu membeli atau menandatangani perjanjian jual beli banglo yang dimaksudkan.

Justeru kata Gobind saksi terbabit tidak mungkin mempunyai sebarang bukti bagi menyokong dakwaan yang dibuatnya terhadap Lim.


Perbicaraan berhubung isu pembelian seunit banglo di Jalan Pinhorn, George Town pada 2015 itu ditetapkan selama 35 hari membabitkan 55 orang saksi.
Dalam tempoh beberapa hari mendatang penghujahan dijangka berpusat kepada isu Lim sebenarnya tidak membeli kediaman itu di bawah nilai pasaran semasa.

Sepuluh lagi saksi yang dipanggil semasa perbicaraan semalam membabitkan individu yang memberikan keterangan mengenai maklumat rasmi mengenai Lim, seperti tarikh perkahwinannya dengan Betty Chew serta pelantikan sebagai ketua menteri pada 2008.

Turut didakwa bersama Lim ialah ahli perniagaan Phang Li Koon.
Perbicaraan berlangsung di depan hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail, manakala Datuk Masri Mohd Daud mengetuai pasukan pendakwaan.
Selain Gobind, Lim turut diwakili peguam Ramkarpal Singh dan RSN Rayer.
Datuk V Sithambaram dan Hisyam Teh Poh Teik pula bertindak bagi pihak Phang. (TKO)


Lihat ini, ada rasuah ke?
Rumah Siapa ni? Rumah MB..
Rumah Siapa Ini? Rumah MB?

1 comment:

Anonymous said...

http://malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/691126-10-bukti-dap-anti-islam-menurut-ridhuan-tee.html

10 Bukti DAP Anti-Islam Menurut Ridhuan Tee

KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Prof. Dr. Ridhuan Tee Abdullah menyenaraikan 10 bukti yang menunjukkan DAP merupakan sebuah parti anti-Islam.

Yang pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak.



Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang, Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’.

Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat.

Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’, 



Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. 



Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. 

Ketujuh,

DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM.


Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud.

Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu.

Ke-10 DAP menentang ustaz dan ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak,



“Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.



“Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman,” katanya dalam satu kenyataan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails