Saturday, September 22, 2012

Dikehendaki, Gadis Ini Hilang Kerana Facebook?

HILANG...Siti Azliza gagal dikesan sejak Mac lalu.
HILANG...Siti Azliza gagal dikesan sejak Mac lalu.

JOHOR BAHRU: Sudah pelbagai ikhtiar dibuat hingga akhirnya seorang bapa terpaksa meletakkan gambar serta kisah anak perempuannya yang hilang dipercayai mengikut teman lelaki sejak Mac lalu di laman sosial facebook, kelmarin.

Harapannya hanya satu, iaitu bertemu semula dengan anaknya, Siti Azliza Johan, 27, guru yang bertugas di sebuah sekolah rendah di Kota Tinggi. Menceritakan kisah kehilangan anaknya, Johan Tahir, 52, yang juga guru berkata, keluarganya mula merasai perubahan pada anaknya itu sejak tahun lalu.

“Kami mengesyaki sesuatu yang buruk menimpanya kerana dia yang kami didik dengan penuh kasih sayang dan pegangan agama tiba-tiba berubah mendadak sehingga sanggup melawan nasihat ibu bapa,” katanya.

Menurutnya, tindakan itu bermula sejak anaknya berkenalan dengan seorang lelaki berusia 30-an. Johan berkata, dia pernah bertemu dengan lelaki berkenaan sebelum anaknya itu menghilangkan diri.

“Kami pernah menghubungi telefon bimbitnya, namun talian berkenaan sudah ditamatkan. Dia mungkin sudah menukar nombor bagi mengelak kami mengesannya.

“Kami sudah ke rumah keluarga teman lelaki anak saya, namun keluarga lelaki terbabit mengatakan mereka tidak tahu menahu mengenai perkara itu,” katanya.

Katanya, anaknya itu gagal melaporkan diri untuk bertugas sejak Mac lalu, malah teman lelaki wanita berkenaan yang berkhidmat di sebuah jabatan kerajaan di Putrajaya juga dikatakan sudah dikenakan tindakan tatatertib.

Johan berkata, keluarganya sedih dengan perkara itu dan berharap anaknya sedar dan kembali ke pangkuan keluarga. Beliau mengharapkan kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Siti Azliza supaya menghubunginya di talian 019-7986520 atau 07-8952486. Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/22 (myMetro)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-55: Bongkar Penipuan Dalam Internet
E-Buku IH-55: Bongkar Penipuan Dalam Internet

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails