Thursday, February 07, 2013

Pembangkang Ditembak, P/Islam Tak Terbabit..


AP: SEORANG lelaki berdiri di lokasi belaid ditembak di Tunis semalam. 

Pemimpin pembangkang Tunisia mati ditembak
TUNIS - Sebuah parti Islam yang menerajui kerajaan campuran Tunisia menegaskan, pihaknya tidak terbabit dalam insiden seorang pemimpin pembangkang, Shokri Belaid ditembak mati semalam.

"Parti Ennahda tidak terlibat dalam kejadian pembunuhan Belaid. Adakah parti pemerintah sanggup melakukan pembunuhan tersebut yang diketahui akan menjejaskan sektor pelaburan dan pelancongan negara?" kata presiden parti berkenaan, Rached Gannouhi dalam satu wawancara bersama agensi berita Reuters.

Beliau sebaliknya menyalahkan pihak yang cuba menggagalkan peralihan demokrasi di Tunisia selepas kebangkitan rakyat berlaku pada tahun 2011. 

"Tunisia berada dalam situasi yang amat buntu sejak revolusi rakyat 2011. Kita sepatutnya berdiam diri dengan tidak terlibat dalam kancah keganasan. Kita sekarang amat memerlukan penyatuan," kata Gannouhi.

Belaid ditembak di luar kediamannya di sini kelmarin dalam insiden yang disifatkan oleh Perdana Menteri, Hamadi Jebali sebagai pembunuhan politik.

"Mereka yang membunuh Shokri mahu menutup mulutnya," kata Jebali.

Belaid yang meninggal dunia di hospital merupakan pemimpin Parti Barisan Popular. Beliau yang juga seorang peguam dan aktivis hak asasi manusia kerap mengkritik kerajaan dengan menuduh ia menjadi boneka pemimpin-pemimpin Qatar di Teluk Arab tetapi dinafikan oleh Tunisia.

"Belaid mati terkena empat das tembakan di kepala dan dada hari ini (semalam). Ia ialah hari yang menyedihkan untuk Tunisia," kata seorang pemimpin Parti Barisan Popular, Ziad Lakhader.

Berita kematiannya mendorong lebih 1,000 penunjuk perasaan berhimpun di luar Kementerian Luar di sini untuk mendesak kerajaan sedia ada meletak jawatan. - Agensi

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails