Saturday, February 09, 2013

Air: S'ngor Jelaskah, 663J Liter Sehari Hilang..

 
KL: Kerajaan Negeri Selangor mengeluarkan penjelasan khas berhubung isu air Selangor dalam akhbarnya Selangorkini edisi terbaru. Penjelasan itu dilihat sebagai menjawab tohmahan yang dibuat Syabas melalui risalah yang diedar di beberapa kawasan khususnya yang terlibat dengan gangguan bekalan air baru-baru ini.

Antara kandungan dalam akhbar itu, Kerajaan Negeri Selangor mengemukakan fakta kegagalan Syabas menguruskan air di negeri itu. Antara kegagalan itu termasuk gagal mengedarkan dengan baik air mentah yang dirawat, tangki dan pam tidak diselenggara serta pemantauan yang lemah sehingga air hilang akibat bocor dan dicuri.

Selain itu, ianya juga turut menjelaskan berhubung pendirian Syabas untuk menaikkan tarif air tetapi pada masa sama peratus Non Revenue Water (NRW) tidak dikurangkan. NRW adalah kadar air yang hilang akibat paip bocor dan dicuri.

Dalam penjelasan itu, mereka mendakwa NRW ketika ini adalah 33 peratus. Ia bermakna daripada 100 unit air terawat di dalam loji, hanya 67 unit sahaja sampai kepada pengguna manakala bakinya 33 peratus atau 663 juta liter sehari hilang entah ke mana.

"Mengikuut perjanjian penswastaan 2004, jika tarif air ingin dinaikkan, peratus NRW perlu diturunkan," kandungan akhbar itu dipetik.

Oleh yang demikian, kerajaan negeri terpaksa menyekat Syabas menaikkan tarif air kerana syabas gagal menurunkan kadar NRW. Selain itu, mereka juga turut menjelaskan berhubung isu Capex dan punca kepada masalah berlakunya gangguan air baru-baru ini. (IH/Hrkh)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails