Monday, February 04, 2013

“Saya tidak mempunyai wang, jadi... " -R/Mansor

Sumber gambar dari Sharpshooter

Rosmah Mansor pasti sakit hati bila melihat billboard ini...
Cukuplah tipu kami… itu adalah apa yang tertera pada sebuah billboard yang ditemui di Terengganu.. Siapa punya kerja ni entahlah..

Tetapi dari apa yang terpapar ianya jelas menunjukkan bahawa rakyat di Terengganu juga tidak dapat menerima penafian Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tentang cincin RM24 Juta itu. Dengan memetik kenyataan beliau yang disiarkan oleh TV3 dan juga Sinar Harian iaitu “Saya tidak mempunyai wang, jadi saya hanya melihat dan merasakan ianya benar-benar cantik, itu saja!!”

Selain itu Rosmah Mansor juga telah bersumpah bahawa beliau tidak memiliki cincin yang telah mencetuskan kontroversi itu.. Kenyataan tersebut telah dinyatakan oleh Rosmah Mansor dalam satu majlis yang dipenuhi oleh pengundi dari saluran satu, iaitu golongan yang mudah ditipu oleh pemimpin UMNO/BN kerana mereka kurang terdedah kepada maklumat alternatif yang terdapat dalam internet.

Sila lihat video mengenai kenyataan dan sumpah Rosmah itu di ( SINI )
Korang agak berapa hari billboard ini mampu bertahan?

Diangkat dari  http://sungaiderhaka.blogspot.com

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia?
E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails