Ini Ella, bukan kakaknya. Ella mengakui dirinya kini masih dalam proses belajar untuk
menjadi seorang isteri yang sempurna.
DUNGUN – Isteri kedua seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka memfailkan cerai ke atas suaminya semalam selepas kisah lelaki itu berkahwin dengan isteri ketiga iaitu kakak kepada ratu rock tanah air terbongkar dan disiarkan di sebuah majalah hiburan pada akhir tahun lalu.
Mastura Othman, 46, membuat permohonan itu di depan Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah di Mahkamah Rendah Syariah di sini selepas tidak lagi tinggal bersama suaminya, Mohd. Ariffin Abdullah, 60, sejak Disember 2012.
“Saya tidak boleh terima apabila gambarnya dengan isteri baru terpampang dalam majalah hiburan. Ia satu publisiti murahan dan tidak sesuai dengan jawatannya sebagai YB (wakil rakyat).
"Saya rasa tindakan beliau mengaibkan keluarga dan menjatuhkan imejnya dalam politik dan itulah punca saya memohon cerai ini." Demikian pengakuan Mastura Othman.
Mohd. Ariffin yang juga bapa kepada lapan orang anak dan tiga cucu itu bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah semalam menyebabkan prosiding terpaksa ditunda kepada 27 Februari ini untuk sebutan semula kes.
Isteri ketiga yang dimaksudkan Mastura ialah Saidatulnisa Aminuddin merupakan seorang pengusaha butik dan jurusolek profesional dan kakak sulung kepada Ella.
Pada PRU12 lalu, Zakaria menewaskan calon PAS, Ustaz Satiful Bahri Mamat dengan majoriti 344 undi.
(IH)
No comments:
Post a Comment