Wednesday, January 16, 2013

Australia: Sambil2..Bekerja, Melancong & Belajar.


CATATAN SANTAI IBNU HASYIM  

BARU sebentar tadi, saya terima telefon dari kawan saya di Australia  Dia mulanya melancong ke Austrlia, kemudian ingin sambung belajar, dan kini sedang bekerja sambilan mengongkosi perbelajaran.dan kehidupannya. Baru kira-kira sebulan bekerja, dan anak-isterinya masih menetap di Malaysia. Umurnya kira-kira 45 tahun.

Setelah berucap salaman.. apa khabar, ada apa berita pengalaman menarik?

"Al-hamdulillah! Memang awal bulan hari tu, nampak macam kurang baik." Jawab kawanku itu. 

"Selepas aku ambil keputusan untuk sambung belajar, aku ingin cari kerja di Australia.  Aku dapat kerja ladang, petik buah apel dan lain-lain. Gajinya agak besar bagi orang Malaysia. Iaitu kira.kira 1 jam berjumlah AUD14 ke 15. atau RM48. Kalau kerja 8 atau 10 jam sahari, muhu bulanannya mencecah RM10,000 sebulan.

"Aku pun turun ke ladang.. Ini penglaman hari pertama... 

"Belum sempat kerja pun, aku rasa cuaca cukup panas. Aku terasa hampir pitam. Belum pernah rasa macam ni di Malaysia. Masya Allah!".

Masa itu saya (Ibnu Hasyim) baru terbaca berita cuaca di Australia.

 
 Gambar AP: SEORANG lelaki mandi untuk menyejukkan dirinya di sebuah air pancut di tengah Sydney semalam.' Australia alami suhu terlalu panas'

SYDNEY: Suhu panas ekstrem di Australia memaksa biro cuaca kerajaan meningkatkan skala suhunya semalam dengan beberapa warna baharu digunakan dalam peta iklim untuk ramalan cuaca pada minggu depan.

Kawasan Australia Tengah dilitupi warna ungu dalam peta ramalan cuaca untuk Isnin depan dengan warna tersebut membayangkan suhu diramal melonjak lebih 50 darjah Celsius.
Ketua Ramalan dan Pemantauan Iklim Biro Meteorologi, berkenaan, David Jones berkata, skala itu yang turut menampilkan merah jambu untuk suhu antara 52 darjah Celsius hingga 54 darjah Celcius.

Ramalan itu membayangkan rekod lama suhu panas akan dipecahkan.
"Skala ini meningkat pada Selasa lalu manakala ramalan cuaca menunjukkan suhu akan meningkat melebihi 50 darjah Celcius," kata Jones kepada akhbar tempatan, Fairfax.

Suhu paling panas pernah direkodkan di Australia ialah 50.7 darjah Celsius yang dicatat pada Januari 1960 di Oodnadatta, di negeri Australia Selatan. Keseluruhan negara ini mengalami hari yang paling panas kelmarin dengan purata suhu maksimum mencecah 40.33 darjah Celcius sekali gus mengatasi rekod catatan 40.17 darjah Celcius pada tahun 1972. 

Ekoran cuaca panas itu, lebih 100 kebakaran dilaporkan berlaku di New South Wales. - AFP 

Aku tanya dia, "Lepas tu, apa jadi?

"Hari itu jugak aku lari balik ke penginapan, keluar dari ladang. Aku cari kerja di kota yang sesuai dengan citaku ingin belajar." Jelas kawanku itu lagi.

Kini dia sedang bekerja disebuah bandar sambil belajar. Buat masa ini, gajinya 'sedikit kurang' kerana masa kerjanya pun agak kurang. Kerjanya tidak banyak menggunakan tenaga buruh. Baik untuk dia tumpu pembelajarannya. 

Sedang saya menulis artikel ini, seorang kawan saya orang Kedah, dia pergi ke Aceh atas urusan bisnes minggu lepas, kebetulan menelefon saya.. Katanya, dia perlu tambah modal.  Aku ceritakan kisah kerja di Australia ini kepadanya..

"Tolomg cari jalan dan kongsi idea, kalau boleh aku pun nak pergi kerja dan cari modal di sana!" Katanya.

Ya. Para pembaca budiman! Kalau ada apa-apa pandangan yang boleh dikongsi bersama, sila kemukakan melalui email blog ini... ibnuhasyim@gmai.com... ini. Bersambung, Insya Allah!

Wassalam.
Catatan Santai Ibnu Hasyim
A lamat: ibnuhasyim@gmail.com  
16 Jan 2013
KL


Sila lihat...
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails