Wednesday, January 16, 2013

Henti Beri IC Setelah 16,000 Lulus, Dedahkan!


KL 16 Jan: Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Lajim Ukin mahu lebih ramai saksi tampil membuat pendedahan berhubung projek IC (kad pengenalan) Sabah. Beliau berkata, pendedahan bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Mohd Nasir Sugip itu membuktikan sememangnya wujud penyelewengan dalam pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah untuk tujuan mengundi.

“Saya menyokong penuh tindakan berani bekas kakitangan JPN yang membuat pendedahan bahawa ada arahan pihak tertentu dalam pemberian kad pengenalan dalam usaha untuk mendapat undi.
“Saya minta semua pihak yang pernah terlibat perlu tampil untuk membuat pendedahan jika mempunyai bukti penyelewengan dan perkara ini amat penting untuk keselamatan rakyat negara ini dan Sabah,” katanya dipetik Harakah Daily.

Beliau mengulas pendedahan Nasir kepada Suruhanjaya Diraja (RCI) hari ini berhubung kerjasama pihak berkuasa untuk mengubah demografi pemilih Sabah pada tahun 1990-an. Nasir berkata, jabatannya pernah menerima arahan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri untuk memberi kad pengenalan kepada pendatang asing bagi membolehkan mereka mengundi.

Nasir yang pernah ditahan bawah ISA sebelum ini mendakwa operasi yang digelar “Ops Durian Buruk” itu dijalankan antara tahun 1992 hingga 1995. Dakwanya, pengarah SPR Sabah pada masa itu, Wan Ahmad Wan Yusof menyerahkan senarai 16,000 nama untuk diklasifikasikan sebagai pengundi “Bumiputera Islam”.

Menurut Lajim lagi, beliau tidak pernah menolak pemberian kad pengenalan kepada mana-mana individu jika ia menepati perundangan yang sedia ada, tetapi jika pemberian itu diberikan untuk kepentingan politik dan melalui proses yang salah, tindakan tersebut perlu ditentang sepenuhnya.

Pada masa sama, beliau menyambut baik penubuhan RCI ini dalam menyelesaikan masalah imigrasi Sabah, namun mendesak agar kerajaan menghentikan segera pemberian IC melalui proses yang bertentangan sistem perundangan.

“Kita desak agar kerajaan menghentikan segera pemberian kad pengenalan tanpa proses yang betul.
“Penubuhan RCI tidak akan berkesan jika aktiviti sedemikian masih diteruskan,” sambung beliau.

Semen tara itu, di Kota Kinabalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengarahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menukar nama 16,000 pendatang haram di Sabah dan untuk memberikan mereka kad pengenalan (IC), Suruhanjaya Di Raja (RCI) mengenai pendatang haram di Sabah diberitahu hari ini.

Pengarah SPR Sabah pada ketika itu Datuk Wan Ahmad telah mengarahkan JPN untuk menukar nama pendatang Indonesia dan Filipina untuk meningkatkan jumlah pengundi Muslim di Sabah, kata bekas timbalan pengarah JPN Mohd Nasir Sugip yang betugas dari 1992 sehingga 1994 kepada RCI hari ini.

Nama penuh Wan Ahmad tidak diberikan. Namun, Timbalan Pengerusi SPR sekarang adalah bernama Datuk Wan Ahmad Wan Omar tetapi tidak diketahui apakah dia yang dimaksudkan.
“Ops Durian Buruk adalah operasi yang melibatkan penukaran dan mencipta nama baru dari nama yang diberi SPR,” kata Nasir sebagaimana dilapor The Malaysian Insider. (IH)

3 comments:

Anonymous said...

siasat siapa pengkhianat2 tsb ??? hukuman paling layak pd pengkhianat negara adalah hukuman tembak sampai mati...

Anonymous said...

sokong 100%, tarik balik i/c itu.

Anonymous said...

Pakatan Rakyat Selangor, cepat bertindak dgn cara bijak bagaimana nak benteras pendatang asing dari Sabah yg ada mykad supaya tidak boleh mengundi. Bagaimana nak elakkan 200,000 pengundi dari Sabah mengundi di Semenanjung Msia terutama di Selangor.Air Asia telah ditempah oleh BN utk mengangkut pengundi2 dari Sabah. Segala kemudahan disediakan utk mereka datang mengundi.Sekarang sudah ada beribu2 yg dapat mykad yg dibuat di Puterajaya dan ditukar alamat di Selangor dan di ng 2 yg diperintah pakatan rakyat.Penat berkempen dan hasrat rakyat nak jatuhkan BN tak kesampaian disebabkan undi org asing ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails