Monday, January 14, 2013

Protes Antigay Termasuk Wanita Tak Berbaju


SEJUMLAH penunjuk perasaan menghadiri tunjuk perasaan menentang perkahwinan gay di Paris semalam. 


Protes antigay di Vatican, Paris
PARIS - Ratusan ribu orang termasuk penganut agama Islam mengadakan tunjuk perasaan bagi membantah perkahwinan gay di bandar raya ini semalam. Protes itu diadakan bagi membantah tindakan Presiden Perancis, Francois Hollande untuk membenarkan perkahwinan gay.
 
Sebanyak 900 buah bas digunakan untuk membawa para penunjuk perasaan di lokasi tunjuk perasaan di sini. Tunjuk perasaan tersebut dihadiri oleh pelbagai penganut agama termasuk Kristian.

"Kami mahu draf undang-undang perkahwinan gay itu ditarik balik," kata seorang penganjur penunjuk perasaan, Patricia Soullier.
Beliau membuat kenyataan itu kepada stesen televisyen BFM-TV sebelum menaiki sebuah kereta api bagi menghadiri tunjuk perasaan tersebut. Sebelum ini, Menteri Kehakiman, Christiane Taubira menganggap undang-undang perkahwinan itu sebagai satu perubahan terhadap tamadun manusia.

Beberapa wanita yang tidak berbaju dengan mendedahkan payudara turut diadakan di Vatican yang merupakan tempat tinggal Ketua Gereja Kristian Katolik, Benedict XVI. Bagaimanapun, beberapa anggota polis menangkap wanita-wanita tersebut. Kumpulan wanita itu mengadakan tunjuk perasaan bagi menentang perkahwinan gay. Mereka merupakan anggota pertubuhan pembela hak wanita yang dikenali sebagai FEMEN. - Agensi


Gila!! Calon Mesjid Untuk Kaum Gay Muslim di Perancis.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails