KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor tidak menolak 
kemungkinan catuan air yang dicadangkan pada Julai tahun lepas oleh 
Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) adalah 'tindakan yang 
disengajakan'. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim 
berkata, tindakan itu kemungkinan dibuat bagi menanam kebencian rakyat 
seolah-olah kerajaan negeri gagal membekalkan air yang cukup kepada 
penduduk negeri itu.
“(Kita) tidak menolak kemungkinan ia 
(cadaangan catuan) sengaja dilakukan untuk menyusahkan rakyat dan 
menanam sikap tidak puas hati terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat," lapor 
Selangorku.
Pada 14 Julai lalu, Syabas membentangkan kepada 
Suruhanjaya Pembekalan Air Nasional (SPAN) cadangan untuk mencatu air, 
dan pelan ini berlaku di Lembah Kelang, khususnya Kuala Lumpur, Hulu 
Langat dan Klang. Syarikat bekalan air juga itu berkata catuan 
air ini diperlukan kerana kekurangan air, pencemaran sungai serta kerja 
pembaikan di loji-loji syarikat.
Mengulas lanjut, Abdul Khalid 
berkata sikap Perdana Menteri yang menyalahkan kerajaan negeri dan 
membela syarikat kroni menunjukkan kebimbangan Datuk Seri Najib Razak. Katanya, Najib bimbang jika pengurusan air diserahkan kepada kerajaan negeri, ianya akan menjadi lebih cekap dan kos efektif.
Abdul
 Khalid berkata, Syabas kini berdepan dengan krisis pengurusan yang 
boleh membawa masalah besar kepada rakyat jika konsesi ini terus 
dibenarkan menguruskan air di kawasan Lembah Klang.
“Umno-BN 
lebih rela membela syarikat kroni konsesi yang ternyata gagal dan cuai 
dalam mengurus perkhidmatan air daripada memberi kerjasama kepada 
Kerajaan Negeri untuk mengambilalih pengurusan perkhidmatan air,” 
katanya.
Dalam pada itu, rakyat Selangor akan dimaklumkan 
mengenai maklumat terkini usaha Kerajaan Negeri untuk membantu 
memulihkan bekalan air bagi kawasan Lembah Klang di beberapa akhbar 
utama pelbagai bahasa mulai hari ini. Maklumat itu bagi 
membolehkan orang ramai mengetahui langkah yang dilakukan Kerajaan 
Negeri untuk memulihkan bekalan air kepada lebih 28,000 pengguna di 
Selangor dan Kuala Lumpur yang terjejas sejak awal tahun ini. (Hrkh)

 
 

No comments:
Post a Comment