Tuesday, January 27, 2015

Keajaiban N/Aziz Di Luar Dari Buku Yang Ditulis." Itu kuasa Allah" -Prof/Dr


KL: DOKTOR juga menceritakan beberapa keajaiban yang berlaku semasa Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam proses rawatan. Demikian tulis Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menerusi facebooknya, seperti dilaporkan Harakahdaily hari ini.
 
Menurut Nik Abduh, Prof Dr berkenaan menyatakan keadaan ayahanda itu di luar daripada buku yang ditulis, itu kuasa Allah. Lihat apa kata Nik Abduh..

Perkembangan Kesihatan Ayahanda
Hari ini kami gembira kerana ayahanda lebih berselera dan makan lebih banyak. Dalam latihan rehabilitasi kali pertama pagi ini, ayahanda telah mampu duduk walaupun agak bersusah payah.
Doktor memberitahu bahawa keadaan ayahanda sudah stabil. Walau bagaimanapun ayahanda kelihatan agak keletihan.

Menurut doktor, ia faktor tua dan kesan kanser yang dialaminya. Doktor juga menceritakan beberapa keajaiban yang berlaku semasa ayahanda dalam proses rawatan. Kata prof dr, "Keadaan ayahanda di luar daripada buku yang ditulis. Itu kuasa Allah".

Semoga Allah melindungi ayahanda daripada sebarang keburukan ciptaan-Nya dan terus merahmati ayahanda di hujung dunianya dan di akhirat nanti.

Terima kasih buat rakyat Malaysia yang mendoakan kesihatan ayahanda. Anda semua adalah kekuatan kami keluarga buat melalui saat ini.

Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Anakanda
6 Rabiul Akhir 1436 / 26 Januari 2015
615pm

1 comment:

Anonymous said...

Apa yang ajaibnya? Cer cerita skit..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails