Wednesday, January 28, 2015

TG Nik Aziz, Doa Syeikh Ali Sobuni Untuk Beliau.





 KL:  Tahap kesihatan Musyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat turut mendapat perhatian seorang ulama dan ahli tafsir terkenal Syeikh Muhammad Ali Sobuni.

Selepas mengetahui tahap kesihatan bekas Menteri Besar Kelantan itu semakin merosot, Syeikh Ali Sobuni mengutuskan surat kepada Tuan Guru Nik Aziz.

Syeikh Ali Sobuni juga berumur dalam lingkungan yang sama dengan Tuan Guru. Dalam Surat tersebut, Syeikh Ali Sobuni mendoakan agar Tuan Guru sembuh dan sihat dengan kehendak Allah SWT.

Beliau menambah, apa yang ditimpa kepada Tuan Guru itu adalah ujian dari Allah yang akan diberi ganjaran kepada mereka yang ditimpa musibah olehNYA.

" Orang yang diuji oleh Allah ialah orang yang dicintai oleh Allah.
"Sesungguhnya aku bersyukur kepada Allah Taala apabila Allah memuliakan kamu dengan berkhidmat kepada Agamanya, Kitabnya dan UmatNya. Dan Sesungguhnya aku mendoakan kepada Allah Yang Maha Besar Yang Memiliki Arasy yang Agung, untuk menyembuhkan kamu, dan selamanya menolong kamu atas kelebihannya dan memberikan kepada kamu pemberian dan kesihatan yang afiat.
"Dan Dia Mengakhiri hidup kita semua atas Iman. Sesungguhnya Dia Maha mengabulkan Permintaan," katanya dalam surat tersebut.


surat syeikh ali sobuni tgna
Syeikh Ali Sobuni menghantar surat kepada TG Nik Abdul Aziz Nik Mat setelah mengetahui tahap kesihatan beliau yang tengah merosot. Syeikh Ali Sobuni juga berumur dalam lingkungan yang sama dengan Tuan Guru.  

Dalam Surat tersebut, syeikh Ali Sobuni mendoakan kepada TG Nik Aziz supaya disembuhkan oleh Allah. Beliau menambah lagi bahawa apa ditimpa kepada Tuan Guru adalah ujian dari ALLAH yang ALLAH akan beri ganjaran kepada mereka yang ditimpa musibah oleh ALLAH.  Orang yang diuji oleh ALLAH ialah orang yang dicintai oleh ALLAH.

” Sesungguhnya aku bersyukur kepada ALLAH Taala apabila Allah memuliakan kamu dengan berkhidmat kepada Agamanya, Kitabnya dan UmatNya. Dan Sesungguhnya aku mendoakan kepada ALLAH Yang Maha Besar Yang Memiliki Arasy yang Agung, untuk menyembuhkan kamu, dan selamanya menolong kamu atas kelebihannya dan memberikan kepada kamu pemberian dan kesihatan yang afiat. Dan DIA Mengakhiri hidup kita semua atas Iman, Sesungguhnya Dia Maha mengabulkan Permintaan,.” Katanya dalam surat tersebut. 
 (IH/MTD)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails