Tuesday, January 27, 2015

Ini, Pelajar UiTM Pula Didakwa Sokong IS



WAN WAN MOHAWAN MOHAMMAD ARIF dibawa ke Mahkamah Sesyen Sepang semalam untuk didakwa atas tuduhan memberi sokongan pada IS.

SEPANG – Seorang bekas pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Marin Universiti Teknologi Mara (UiTM) dari Arau, Perlis didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Islamic State (IS) pada tahun lalu.

Wan Mohammad Arif Wan Rokman, 23, dari Setiu, Terengganu ditahan pada pukul 10.15 malam 28 Disember 2014 di hadapan pintu C15 Balai Perlepasan Antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika mahu mengambil penerbangan pesawat Turkish Airlines ke Istanbul, Turki.

Pelajar itu didakwa dengan pertuduhan utama iaitu cuba memberi sokongan dan menjadi ahli kepada kumpulan IS. (Kosmo!)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails