Wednesday, January 28, 2015

Sebutan 'Muslim Biadap' Terdapat Dalam Filem Ini.

Film American Sniper Dikecam Warga Arab
Rakaman  Filem American Sniper (washingtonpost.com) "Jika kita boikot, itu hanya akan menyebabkan orang semakin penasaran".
 
HALAMAN HIBURAN

SEBUTAN 'Muslim biadab' terdapat dalam filem 'American Sniper' ini.  

Warga Muslim dan Arab di AS mendapat ancaman keganasan. Kecaman datang selepas ditayangkannya filem 'American Sniper' garap pengarah terkenal Clint Eastwood. Mereka mengecam kru filem soal penggunaan bahasa yang mencetuskan kebencian dan diskriminasi terhadap Muslim dan Arab.

"Kami berpendapat anda boleh memainkan peranan penting dalam membantu kami mengurangkan bahaya yang kita hadapi," tulis Jawatankuasa Anti-Diskriminasi Arab-Amerika (ADC) dalam sebuah surat terbuka kepada pengarah Clint Eastwood dan pelakon Bradley Cooper dikutip Dream.co.id dari laman onislam .net, Isnin 26 Januari 2015.

Menurut ADC, lebih daripada 100 mesej ancaman menyasarkan Muslim dan Arab sejak minggu lalu.

American Sniper adalah filem drama perang yang dibintangi oleh Brad Cooper yang berkisah tentang 'kepahlawanan' sniper Navy SEAL Chris Kyle. Dalam filem tersebut diceritakan, anggota pasukan Marin AS itu telah membunuh 160 rakyat Iraq selama pencerobohan AS berlangsung.

Filem ini dikritik kerana mengagung-agungkan perang terhadap Iraq. Selain itu juga menyanjung penembak tepat 'yang menyebut Muslim biadab dalam memoir beliau'. Walaupun mendapat kritikan, filem ini telah dicalonkan untuk mendapat enam Academy Awards.

Dalam salah satu tweet rasis yang dikumpulkan oleh ADC, seorang pengguna menulis: 'Senang melihat filem yang menggambarkan sifat sebenarnya dari orang-orang Arab, perosak sampah yang berniat menghancurkan kami'.

Disokong FBI dan polis untuk menyiasat ancaman tersebut, ADC mendesak warga Muslim dan Arab untuk menghantar salinan mesej ancaman yang mereka terima. 


Sementara itu, aktivis Arab-Amerika menolak seruan untuk memboikot filem tersebut. Mereka berpendapat seruan tersebut akan mewujudkan rasa ingin tahu di kalangan orang-orang yang akan cuba untuk melihatnya.

"Jika kita boikot, itu hanya akan menyebabkan orang semakin penasaran," kata Presiden ADC Samer Khalaf.

Warner Bros, studio yang menerbitkan filem itu, mengatakan bahawa mereka mengutuk retorik anti-Muslim. Warner Bros mengecam setiap kekerasan, retorik anti-Muslim, termasuk apa yang telah dikaitkan dengan orang-orang yang telah menyaksikan filem ini, kata Jack Horner, jurucakap Warner Bros.

"Kebencian dan ketaksuban tidak punya tempat dalam dialog penting dalam filem yang bercerita tentang pengalaman seorang veteran ini," tambah Horner.

AS menceroboh Iraq di 2003 untuk menggulingkan rejim Saddam Hussein yang didakwa mempunyai senjata pemusnah besar-besaran. Tuntutan tersebut tidak pernah terbukti. Pada 2004, Setiausaha Agung PBB Kofi Annan menggambarkan pencerobohan ke Iraq sebagai 'haram'. Sejak pencerobohan, Iraq tenggelam dalam perang saudara yang menyebabkan puluhan ribu orang awam terbunuh.  


Adakah filem ini sebagai lanjutan dari bermulanya perang hina agama di Eropah?

(IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails