Saturday, May 07, 2011

Kristian Agama Rasmi, Taktik Baru BN Lagakan Kaum.

KL 7 Mei 11: Awas taktik Baru BN dengan membakar api perkauman, melagakan isu bangsa dan agama di kalangan rakyat negara ini, melalui berita-berita menghasut seperti di atas (Kristian agama rasmi?). Kerana itu, Pakatan Rakyat (PR) hari ini menegaskan tetap berpendirian bahawa Islam akan kekal sebagai agama rasmi negara ini, bukan seperti berita di atas. Oleh itu tidak timbul soal perikatan tersebut akan mengambil langkah mengubah statusnya jika menawan Putrajaya, kata blog Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Pandangan blog DSAI itu juga mendakwa laporan Utusan Malaysia bersifat melampau dan mengelirukan rakyat memandangkan status Islam sebagai agama rasmi sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons kepada laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini di bawah tajuk “Kristian agama rasmi?”

Laporan itu juga memetik Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan satu majlis pertemuan paderi dari seluruh negara, yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.

Menurut wakil rakyat DAP itu, beliau hanya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi tersebut di sebuah hotel di Jalan Macalister, George Town sebagai tetamu. Akhbar milik Umno itu mendakwa majlis pertemuan paderi-paderi berkenaan dan ikrar menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan didedahkan oleh dua laman blog.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ramai yang sudah maklum sebenarnya inilah taktik terbaru Najib Tun Razak untuk dapat kuasa dalam PRU 13 kali ini. BN perlu undi solid 70% kaum Melayu melihatkan rekod PRK dan PRN Sarawak sebelum ini, kerana kaum Cina sudah tidak mahu lagi mengundi BN.

Maka isu kaum dan isu agama akan digunakan. BN perlu bakar api perkauman 'Melayu benci Cina'. Contohnya BN telah mengedar VCD perkauman melampau di dalam sebuah program karnival satu Malaysia, (rujuk sini [Karnival 1 Malaysia]) bukti BN mula memainkan sentimen kaum dalam karnival di Parit Raja Batu Pahat baru-baru ini. Dengan VCD untuk memecah belahkan masyarakt mula disebarkan.

Awas, rakyat jangan tertipu! Jangan sampai peristiwa 13Mei 69 berulang lagi.. kerana kerja busuk UMNO. Rakyat perlu sedar segera, jaga-jaga dengan taktik baru BN. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails