Tuesday, May 03, 2011

Osama Pengganas: Najib 'Kuda Kayu' Obama


KL 3 Mei 11: Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan sebagai 'kuda tunggangan' atau 'kuda kayu' Obama apabila beliau berkata 'dunia akan lebih selamat dan aman berikutan kematian pemimpin pengganas Al-Qaeda, Osama bin Laden', dalam satu operasi oleh pihak keselamatan Amerika Syarikat bersama Pakistan di luar Islamabad pada Isnin semalam.

Menurut Bernama, Perdana Menteri berkata kematian Osama adalah juga satu pengajaran bahawa keganasan tidak membuahkan sesuatu kebaikan sebaliknya membawa kemudaratan kepada semua pihak.

"Saya berharap bahawa pada masa akan datang, dunia akan lebih sedar bahawa keganasan bukanlah satu pendekatan yang patut dilakukan untuk mencapai apa juga tujuan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Rumah Terbuka Hari Vaisakhi 1Malaysia di Dataran Merdeka, di sini.

Najib juga berkata, kerajaan Malaysia telah mengambil sikap menentang sebarang bentuk keganasan dan kefahaman yang keterlaluan ataupun ekstrem. "Ini adalah selaras dengan prinsip agama Islam di mana perbuatan membunuh orang awam adalah dilarang dan ditegah dengan kerasnya oleh agama Islam," katanya.

Sama tujuan mengenai tuduhan Osama sebagai pengganas, dengan kenyataan Obama Presiden AS di Rumah Putih sebelum ini..

"Keadilan telah dilakukan," kata Obama. "Malam ini, saya dapat melaporkan kepada rakyat AS dan kepada dunia bahawa AS telah melakukan operasi yang menewaskan Usama bin Ladin, pemimpin Al-Qaidah, dan seorang pengganas yang bertanggung jawab atas pembunuhan ribuan orang lelaki, perempuan dan kanak-kanak, " kata Obama dalam pidato larut malam dari Rumah Putih.

" '..dunia akan lebih selamat dan aman berikutan kematian pemimpin pengganas Al-Qaeda..' Suatu kenyataan yang mengampu Obama, seolah-olah AS sebagai kuasa penyelamat dunia, dengan menolak kuasa kekuatan Islam sebagai Khalifah di muka bumi." Kata seorang ulama di Wilayah Persekutuan yang dihubungi Weblog Ibnu hasyim pagi ini.

"Mengenai 'bom syahid' bukan bom bunuh diri, yang melibatkan kanak-kanak, ianya bukan perkara baru, sila lihat fatwa-fatwa ulama termasuk Prof Yusuf Qardhawi." Jelas ulama itu lagi. (IH)

Lihat juga fatwa-fatwa berikut..

6 comments:

Anonymous said...

lagi bodoh sape yang agung2kan Tim Osama ni yang memang ciptaan CIA. rakyat tempatan Afganistan sendiri pun tak kenal sape Osama Laden ngan Al-Qaeda ni. Apa gila?

dah puppet CIA ni da tak berguna untuk depa, depa abiskan jek riwayat dia. Apesal kita umat Islam pulak yang nak kalut sangat?

Ni akhir zaman la, zaman fitnah...

Khalel said...

aku telah diberitahu pasal kes nie. yg ckap pasal Usama adalah ciptaan CIA. Tapi mana bukti,? atau anda juga dipermainkan?. Bagi menghilangkan jejak Usama??.

abu shahid said...

Salam Bang Haji Hashim..

Jadi pelik sebab tak tunjuk mayat dan lepas tu katanya telah disemadikan dilaut!

pandai kelentong puak puak tu.

'Kuda kayu' lama dah tak dengaq..jarang jugak orang lama hentam najib macam ni..

Wassalam

abu shahid said...

Salam Bang Haji Hashim..

Jadi pelik sebab tak tunjuk mayat dan lepas tu katanya telah disemadikan dilaut!

pandai kelentong puak puak tu.

'Kuda kayu' lama dah tak dengaq..jarang jugak orang lama hentam najib macam ni..

Wassalam

Ibnu Hasyim said...

Sekali sekala.keluak balik perkataan lama.

Ali Mahmud said...

Kuda kayu UMNO lama tak dengar beri komen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails