Monday, May 02, 2011

Ceti Haram & Along, M'sia Negara Koboi?

TERLANTAR...Muthukrishnan kini dirawat di Hospital Selayang.
TERLANTAR...Muthukrishnan kini dirawat di Hospital Selayang.

KL 2Mei 11: Sudah hampir 60 tahun, negara bebas medeka, rupanya masih ada rakyat yang sentiasa hidup dalam ketakutan. "Polis buat apa? Pemimpin BN buat apa?" Tanya seorang pembaca myMetro hari ini.

Hal ini berikutan berita myMetro pagi ini menyebutkan..

Sebahagian telinga kirinya dipotong, begitu juga ibu jari tangan kiri manakala kedua-dua tangan dan kakinya turut ditetak hingga hampir putus.

Itu penderitaan yang dilalui seorang peniaga akibat kekejaman ceti haram atau along menyebabkan dia terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang selama seminggu sebelum dipindahkan ke wad biasa, kelmarin.

A Muthukrishnan, 42, yang mengusahakan perniagaan daging kambing diserang tiga lelaki bersenjatakan parang dipercayai konco along di hadapan rumahnya di Bandar Baru Selayang, di sini, pada kira-kira jam 4 pagi, 23 April lalu.

Serangan ke atasnya disebabkan dia dikatakan gagal melunaskan hutang RM50,000 sedangkan dia sudah pun membayar lebih daripada RM60,000 sejak lima tahun lalu. Dalam kejadian serangan itu, mangsa yang menaiki motosikal untuk memulakan perniagaannya dihalang sebuah kereta tidak diketahui jenisnya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Malaysia sudh jadi negara koboi kah?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails