Sunday, May 01, 2011

Tangkapan Sempena Hari Buruh Pun Bermula..


KL 1 Mei 11: Tangkapan sempena Hari Buruh pun bermula. Sekurang-kurangnya dua orang sudah ditahan dalam perhimpunan sempena hari buruh di ibu negara hari ini. Seorang daripadanya Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvam.

Beliau yang ditahan ketika cuba berunding dengan pihak polis, dipercayai daripada ibu pejabat polis daerah (IPD) Brickfields. Sehubungan tangkapan itu, kira-kira 200 peserta perhimpunan itu berhimpun depan ibu pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dekat Maju Junction di ibu negara. Mereka tidak mahu berganjak selagi teman-teman mereka tidak dibebaskan.

Suasana meriah dengan nyanyian lagi "Internationale" - lagu yang sinonim dengan perjuangan pekerja di seluruh dunia. Sebelum itu, anggota parlimen Sungai Siput, D Jayakumar yagn turut sama berhimpun memberitahu pemberita,beliau difahamkan jumlah tangkapan sudah meningkat kepada 14 orang kesemuanya. Lebih 70 NGO turut serta dalam perhimpunan tradisi setiap 1 Mei itu. Lapor Malaysiakini sebentar tadi.

Lihat sebelum ini,,,

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails