Sunday, May 01, 2011

Sumpah Balas Anwar, Dr Asri Berbeda Pendapat Dg Nik Aziz

Nik Aziz (kiri) & Dr Asri (kanan)..

KL 1 Mei 11: Walaupun Datuk Nik Aziz menasihat Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak melayan desakan bersumpah laknat kerana tuduhan zina yang dikenakan terhadapnya dan perlu diselesaikan di Mahkamah Syariah, namun berbeda pendapat dengan bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Menurut Dr Mohd Asri, sumpah bukan satu paksaan, tetapi Datuk Seri Anwar sewajarnya melakukan sumpah balas untuk menghilangkan sangkaan buruk ekoran tindakan “Datuk T” kelmarin. Pandangan yang hampir sama juga dilahirkan oleh Mufti Perlis Dr Juanda Jaya semalam.

“Sumpah bukan semestinya di mahkamah. Sumpah di mahkamah ada babnya. Sumpah luar mahkamah ada babnya.

“Jika isteri suruh suami bersumpah bahawa dia tidak curang, adakah berdosa atau Allah menghukum jika suami bersumpah dia tidak buat dan memang dia tidak buat. Sumpah macam itu dapat menghilangkan perbalahan,” katanya.

Namun tegas beliau, politik negara ini sudah “jijik dah kotor” ekoran perkembangan terbaru ini.

“Isu aib peribadi cuba dijadikan isu rakyat dan negara. Sangat hina. Jika kita usah layan puak-puak ini pun patut,” kata beliau.

Bagaimanapun beliau tidak bersetuju dengan tindakan ahli perniagaan Datuk Sharyl Eskay Abdullah — salah seorang “Datuk T” melakukan sumpah laknat yang didakwanya hanya bertujuan mendedahkan keaiban orang lain, dalam kes ini Anwar.

“Saya tidak bersetuju Datuk T bersumpah kerana itu hanya bertujuan mendedahkan keaiban orang lain.

“Tapi, oleh kerana mereka dah bersumpah dan menimbulkan buruk sangka kepada pihak yang dituduh, mengapa tidak DSAI (Anwar) bersumpah saja . . . jika beliau tidak salah, apa yang hendak dirisaukan,” kata beliau dalam kenyataan ringkas menerusi SMS hari ini.

Shazryl, yang mendedahkan rakaman video seks yang si pelakunya mirip Anwar pada 21 Mac lalu, melakukan sumpah laknat di Masjid Amru al-As di Bandar Baru Sentul di sini petang kelmarin.

Nasihat Nik Aziz

Laporan media semalam menyebut, Anwar memutuskan tidak tampil untuk bersumpah laknat berhubung isu video seks itu dan tidak menyahut cabaran Shazryl selepas mendapat nasihat Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan beberapa tokoh agama lain.

Anwar berkata, Nik Aziz menasihat beliau supaya tidak melayan desakan untuk bersumpah laknat kerana tuduhan zina yang dikenakan terhadapnya perlu diselesaikan di Mahkamah Syariah.

“Beberapa bekas mufti seperti bekas Mufti Wilayah Persekutuan dan bekas Mufti Perlis menasihatkan saya dan menyatakan simpati tuduhan zina yang dikenakan terhadap saya.

“Malah, saya turut mendapat simpati ulama dari Indonesia atas tuduhan yang dikenakan terhadap saya,” katanya ketika berucap di Dewan Kampung Bukit Seputeh dekat Ampang malam kelmarin.

Oleh itu tegas Ketua Pembangkang itu, beliau tidak akan melayan desakan untuk bersumpah laknat sebaliknya akan terus memperjuangkan keadilan dan membantu rakyat. Dalam kenyataan semalam, Juanda juga berkata beliau amat setuju Anwar segera bersumpah untuk menafikan tuduhn kotor ke atas beliau walaupun pilihan di tangan beliau sendiri.

“Saya mahu kes ini segera selesai. Ia malukan umat Islam. Saya sekarang di Mekah atas undangan kerajaan (Arab) Saudi dengan mufti-mufti lain,” kata beliau.

Juanda menambah, kaedah hukum Islam dalam kes jenayah, pendakwa perlu membawa bukti tuduhan, yang kena dakwa perlu bersumph kalau dia menafikan tuduhan.

“Datuk Eskay tidak patut bersumpah, yang patut bersumpah adalah yang kena tuduh kalau dia nak nafi tuduhan.

“Memadai lafaz, wallahi tuduhan itu palsu. Mahkamah Syariah wajib proaktif putuskan hal ini segera untuk tutup aib umat Islam,” kata beliau.

Juanda juga berkata badan kehakiman Islam tidak harus menjadi “penonton saja” dalam kes semasa ini dan semua pihak perlu menjaga imej Islam terutama mereka yeng memperjuangkan Islam. (IH/The Malaysian Insider)

2 comments:

leekonyou said...

SK DAH SUMPAH DENGAN NAMA ALLAH SWT AIYOO mungkin NUAR anugerah tohan yang dah besar panjang ANU NYA patutlah SAIFUL takberak 2 hari dan jijah dr.gigi sayang nak lepas sanggop sumpah kot dengan nama allah christian herald yang N.AJIS DAN NUAR perjuangkan untuk digunakan di paper kristian tu kot?

det said...

memang la berbeza pendapat, nik ajis orang politik yang berlagak macam tahu agama, itu pasal segala fatwa yang keluar dari mulut dia tu tak bersandarkan al-quran, hadis, nas, itjmak ulama dan qias.

asri dia memang pakar dalam agama.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails