Monday, August 19, 2019

Dr Zakir Ke Bukit Aman Lagi. Sabit Salah Penjara 2 Tahun Atau...

Dr Zakir Naik ke Bukit Aman lagi
Polis akan menyambung semula proses merakam percakapan Dr Zakir Naik pada Isnin jam 3 petang. - Astro AWANI

KL: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyambung semula proses merakam percakapan penceramah bebas Dr Zakir Naik pada jam 3 petang ini.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, penceramah terkenal itu akan dipanggil semula berhubung dua kenyataannya yang dipercayai boleh mendatangkan khianat awam di media sosial.

Dr Zakir dalam salah satu ceramahnya mendakwa penganut Hindu di Malaysia tidak menyokong perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebaliknya menyokong Perdana Menteri India, Marendra Modi.

Polis juga telah menerima laporan mengenai kenyataan Dr Zakir meminta kaum Cina keluar dari negara ini.


Beliau bagaimanapun mendakwa beberapa kenyataannya telah diputarbelitkan oleh pihak tertentu.

Menurut Huzir, bagi kedua-dua kes ini, pegawai penyiasat telah mengambil rakaman percakapan Dr Zakir naik pada 16 Ogos 2019 (Jumaat) bermula dari jam 3.30 petang hingga 7.00 malam.

"Prosedur tersebut akan disambung semula pada 19 Ogos 2018 jam 3.00 petang memandangkan pendakwah antarabangsa itu memohon penangguhan untuk berbuka puasa," katanya Huzir dalam kenyataan.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan atas dakwaan sengaja mengaibkan dengan niat membangkitkan pecah keamanan.

Sabit kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali. (AA)


Lihat gambar ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails