Thursday, August 22, 2019

..'aku nak bersetubuh dengan kau.,' Surat Pelajar Perempuan Darjah 5..

Hasil carian imej untuk kanak dan seks


MENGGIGIL dan panik. Itulah situasi dihadapi seorang ibu sebaik membaca surat dihantar seorang murid perempuan kepada anak lelakinya mahu mengajak melakukan hubungan seks, beberapa hari lalu.


Surat tulisan tangan itu ditemui wanita berkenaan ketika membuat pemeriksaan dalam beg sekolah sebelum meminta anak lelakinya berusia 12 tahun menceritakan perkara sebenar.
Penghantar surat terbabit turut memperkenalkan diri dan dia memberitahu sedang belajar di darjah lima sekolah sama dengan anak lelakinya di Selangor.

Susulan itu, ibu kepada murid lelaki terbabit kemudian menghubungi Penceramah Murid merangkap Pembantu Pelindung Kanak-kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kota Setar, Kedah, Mohd Fairuz Abu untuk mendapat khidmat nasihat.
Dia yang lebih dikenali sebagai Akhi Fairuz Al-Jengkawi berkata, sebaik ditunjukkan surat berkenaan, dia hanya mampu beristighfar.
Katanya, seorang ibu menghantar mesej kepadanya dan saat bercerita, wanita itu memberitahu tangannya menggeletar ketika memegang surat itu.
“Dia seperti tidak percaya anak lelakinya darjah enam memperoleh surat daripada seorang murid perempuan darjah lima.
“Antara kandungan surat itu ialah, “Kepada ......Nama aku ....., Darjah 5. Tak apa kalau kau tak kenal aku. Aku nak berkenalan dengan kau. Aku nak tanya, kau pernah tak bersetubuh dengan perempuan?
“Hmmm. Sebenarnya aku nak bersetubuh dengan kau. Sekali je, please. Kalau sekali tak keluar anak. I like you."
Mohd Fairuz berkata, susulan peristiwa ini, dia memberikan nasihat kepada ibu bapa murid lelaki terbabit kerana situasi dialami kanak-kanak hari ini tidak sama zaman datuk atau nenek kita dahulu.
“Pertama, ibu bapa kena sedar teknologi semakin canggih, capaian Internet semakin laju, maka semakin mudah untuk sesiapa sahaja baik kanak-kanak, ibu bapa atau orang tua untuk akses sesuatu mungkin baik bagi dia atau tidak bagi kanak-kanak itu sendiri.
“Ibu bapa perlu kena faham realiti anak pada hari ini tidak sama dengan mereka semasa kecil. Mereka tidak boleh sebut kanak-kanak sudah ‘advance’ kerana mereka tetap kanak-kanak sampai bila-bila.
“Kalau kita tengok komen ada yang kata budak sekarang ‘advance’ tapi bukan sebaliknya, mereka adalah mangsa ketidakfahaman memahami fisiologi diri sendiri, fungsi tubuh badan, jenayah seksualiti adalah satu bentuk jenayah,” katanya.
Beliau berkata, apabila anak ada menyebut perkara tidak elok masa di rumah, ibu bapa kena bertindak untuk mendapat maklumat dahulu dari mana dia belajar.
Katanya, jika anak bercerita benda tidak elok apabila balik dari sekolah, jangan anggap seperti bergurau sebab anak hari ini biasa dengan apa disebut itu.
“Walaupun kita jaga baik mana sekali pun, kena ingat mungkin ada kawan di sekolah boleh memberi impak negatif kepadanya.
“Contohnya, ada pelajar pernah tengok video lucah dan ia akan mempengaruhi pada orang lain,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Mohd Fairuz kemudian berkongsi pengalaman itu dalam Facebook miliknya dan mendapat pelbagai reaksi daripada kalangan warga maya.(MyMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Satu lagi contoh dasar pelajaran dan didik di Malaysia yang gagal melahirkan manusia profesional bertakwa. Hidup bahagia dunia akhirat..

Lihat gambar ini..

1 comment:

Anonymous said...

Sikap, gelagat, tanggapan, reasoning, dan mentaliti kanak-kanak dipengaruhi oleh genetik dan alam sekitar termasuklah ibubapa, pembantu rumah, rakan-rakan, orang yang berada di sekeliling mereka, media massa dll.

Jika ibubapa mereka dll menunjukkan contoh yang tidak baik, ia akan diikuti dan diamalkan oleh kanak-kanak tersebut.

Jika mereka berakhlak mulia dan bijaksana serta mengetahui perkara asa dalam Islam pahala, dosa, halal dan haram dll dan menjadi contoh yang baik dan melayan kanak-kanak dengan kasih sayang , insyaAllah kanak-kanak akan membesar sebagai manusia yang berakhlak mulia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails