Wednesday, August 21, 2019

Ratusan Yahudi Ceroboh Makam Yusuf Di Nablus


Israel mahu ambil alih kawalan tapak bersejarah


TEBING BARAT, 19 Zulhijjah 1440H, Selasa – Lima warga Palestin cedera dipukul rejim pengganas Israel yang mengiringi ratusan pengunjung haram Yahudi ke Makam Yusuf di kota Nablus, Tebing Barat yang diduduki.

Agensi berita Ma’an memetik sumber-sumber tempatan melaporkan, pertempuran berlaku antara penduduk Palestin dan tentera Israel, selepas pendatang Yahudi cuba memasuki kompleks Makam Yusuf (Qabr Yusuf), di timur Nablus.

Makam Yusuf terletak di Kawasan A yang dikuasai oleh Pihak Berkuasa Palestin. Bagaimanapun, tentera Israel membenarkan orang Yahudi melawat tapak itu tanpa kebenaran.

Penduduk Israel mendakwa, tapak berkenaan mengandungi makam seorang rabbi, sebaliknya tapak itu adalah sebahagian daripada masjid lama di mana sarjana Muslim, Sheikh Yusuf Dweekat telah dikebumikan.

Sejak beberapa tahun lalu, makam tersebut menyaksikan pertempuran berdarah di antara penduduk Palestin dan tentera Zionis.

Penduduk Palestin mengatakan Israel sedang merancang untuk mengambil alih kawalan tapak bersejarah berkenaan.

Kira-kira 600,000 warga Israel tinggal di 230 penempatan haram yang dibina sejak pendudukan 1967 di wilayah Palestin di Tebing Barat dan Baitulmaqdis al-Quds.

Secara berasingan, pasukan Israel melakukan serbuan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis al-Quds pada awal hari Selasa dan menangkap 14 warga Palestin. Bagaimanapun, tidak jelas punca mereka ditangkap.

Selain itu, lebih 7,000 rakyat Palestin telah ditahan di dalam penjara Israel. Mereka dipenjarakan mengikut amalan ‘tahanan pentadbiran’, suatu dasar di mana warga Palestin ditahan tanpa perbicaraan atau pertuduhan. – Agensi

Jahannam Israel. Jahannam Yahudi. Mampuslah Israel bangsat beserta pengikutnya di Malaysia!

Lihat gambar ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails