Wednesday, August 21, 2019

Jalur Gemilang Terbalik &Tukar Ke Jalur Hitam, Polis Bertindaklah Segera.



Jalur Gemilang terbalik: PAS gesa polis bertindak
KL: Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad meminta pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan segera terhadap pihak yang cuba membuat provokasi dengan mengibarkan Jalur Gemilang dalam keadaan terbalik.
Katanya, ini satu tindakan yang boleh mencetuskan provokasi dan mengundang kemarahan rakyat di negara ini.
“Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan tindakan sedemikian.
“Sepatutnya semua pihak yang tidak mengira kaum mesti menghormati bendera Malaysia yang merupakan lambang negara ini,” katanya kepada Harakahdaily.



Ia berikutan viral di media sosial gambar bendera Malaysia dipasang dalam keadaan terbalik di beberapa kawasan dan negeri di negara ini.
Selain itu, perkara yang sama berlaku di Pusat Pameran, Jualan dan Servis Kereta Toyota di Kuantan, Toyota PDC Auto Kuantan Sdn Bhd yang memasang Jalur Gemilang secara terbalik di hadapan premis pusat tersebut.
Sebelum ini juga, Pengerusi Country Height Holding Berhad, Tan Sri Lee Kim Yew bertindak menukarkan warna bendera Malaysia kepada jalur hitam. –HARAKAHDAILY 20/8/2019


Lihat gambar ini..

2 comments:

Anonymous said...

Wah biawak rasis naik junjung menunjukkan belangnya menghina negara dengan memasang bendera terbalik dan tukar ke jalur hitam. Inilah di antara pengkhianatan peringkat tertinggi.

Naj abdullah said...

Bila kaduk naik k junjung....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails