Sunday, August 18, 2019

Berkait Dr Zakir Naik, Pengawal Keselamatan Direman 4 Hari..

Hasil carian imej untuk dr zakir naik
KUALA LUMPUR
: Pihak polis telah menahan seorang individu setelah menerima aduan oleh seorang peguam yang mendakwa pihaknya menerima ugutan di Facebook berhubung kenyataannya terhadap penceramah bebas, Dr Zakir Naik.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Roslan Bek Ahmad dalam satu kenyataannya pada Sabtu berkata, seorang lelaki berusia 28 tahun telah ditahan di sebuah Pangsapuri Bandar Sri Damansara.

“Laporan telah dibuat peguam tersebut pada 15 Ogos selepas menerima ugutan berkaitan kenyataannya di dalam Facebook berhubung isu penceramah antarabangsa, Dr. Zakir Naik.

“Suspek ditahan reman selama empat hari sehingga 20 Ogos dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Terdahulu peguam berkenaan dikatakan menerima ugutan menerusi laman sosial Facebook miliknya sebaik sahaja mencadangkan status penduduk tetap (PR) terhadap penceramah bebas, Dr Zakir Naik dibatalkan.

Difahamkan, Dr Zakir Naik menerusi ceramahnya telah membuat satu kenyataan berunsur perkauman yang mampu menimbulkan isu ketegangan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia.

Dalam kenyataan sama, Roslan turut mengingatkan orang ramai agar tidak mengeluarkan serta membuat sebarang kenyataan sensitif di laman sosial yang mampu menggugat keharmonian negara. (AA)



Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)

1 comment:

Anonymous said...

Mengapa pemimpin dan menteri DAP yang menghina Islam dan umat Islam dan pemimpin DAP yang didakwa merogol pembantu rumah tidak direman beberapa hari ?

Bukankah tindakan dan provokasi mereka boleh mencetuskan konflik antara kaum ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails