Sunday, June 05, 2011

Kelab Taat Suami. Apa Pandangan Anda?

RAWANG, 4 Jun 11: Kesediaan isteri untuk patuh dan memenuhi keperluan seks suami masing-masing akan membantu mengelak mereka daripada berlaku curang ataupun mencari pelacur .

Mesej ini yang hendak disampaikan oleh Kelab Taat Suami, yang dilancarkan hari ini untuk mengatasi masalah sosial di seluruh dunia.

Ia dilancarkan di Kelab Golf Perangsang Templer di sini dan bercadang memperluaskan sayapnya ke negara-negara lain seperti Indonesia pada 19 Jun ini.

Malah ia juga bercadang memperluaskan cawangan ke negara-negara Eropah, Britain, Perancis, Itali dan Jerman. Kelab itu diperkenalkan oleh bekas pengikut kumpulan Al-Arqam terbuka kepada isteri-isteri semua kaum dan tidak kira kepercayaan. Ia mendakwa mempunyai kira-kira 1,000 ahli buat masa sekarang dengan 200 daripadanya di Johor sejak dilancarkan di negeri itu 1 Mei lalu. Baki 800 ahli datang dari seluruh negara.

Menurut kelab itu, 50 peratus ahlinya merupakan mereka daripada kalangan kelas atasan dan minda terbuka serta golongan intelek. Ketika ditemui wartawan, naib presiden kelab itu, Dr Rohaya Mohamad (gambar, kanan) berkata, kaum wanita seringkali lupa bahawa sebagai “isteri yang baik” mereka juga perlu memenuhi keperluan suami di bilik tidur.

“Jika anda melihat di dunia sekarang, wanita dilayan sebagai objek seks ... dalam majalah, TV ... mengapa tidak mereka jadi objek seks kepada suami mereka? Ia adalah sah dan diharuskan oleh Tuhan.

“Seorang isteri yang baik adalah pekerja seks yang baik bagi suami mereka,” katanya lagi.

Pemimpin wanita sayap kanan Global Ikhwan Sdn Bhd itu juga berkata, selain menggalakkan wanita melayani suami, kelab itu juga akan mengadakan aktiviti seperti sesi kaunseling kepada ahlinya.

“Kita buka ahli kepada semua orang tidak kira bangsa dan agama. Kita akan adakan kaunseling kepada isteri, suami, dan kedua-duanya sekali,” katanya.

Selain itu, Rohaya juga menerangkan kelab itu ditubuhkan bukan semata-mata untuk memenuhi kehendak seks suami, tetapi memenuhi tuntutan agama. Katanya, seorang isteri yang solehah perlu memenuhi empat kriteria yang digariskan dalam Islam iaitu sembahyang lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadan, memelihara kehormatan diri dan taat kepada suami.

“Kenapa kita tidak mahu buat apa yang disuruh oleh Tuhan? Taat kepada suami. Untuk menjadi isteri yang baik perlu memenuhi keempat-empat kriteria ini. Malah dalam hadis Nabi sendiri ada menyebut, ‘tunaikanlah walau di belakang unta’. Ini apa yang disuruh oleh Allah dan Nabi, jadi kita ikut,” katanya.

Ditanya mengenai jika isteri didera, adakah isteri masih lagi perlu mentaati suami, Rohaya berkata, seorang isteri perlu taat kepada suaminya dan juga membenarkan suaminya berpoligami kerana itu merupakan fitrah seorang suami.

“Seorang isteri perlu menjadi seorang isteri yang baik sampai bila-bila. Jika apa yang terjadi padanya sebagai contoh didera, mereka perlu memikirkan bahawa ini adalah ujian dari Allah kepada mereka.

“Setiap apa yang jadi ada hikmahnya. Seperti kisah Firaun dan Asiah. Firaun suami kepada Asiah dan dia mengaku dia itu Tuhan. Tetapi, akhirnya Asiah masuk ke syurga,” katanya.

Rohaya juga berkata, apa yang kelab ini cuba sampaikan adalah sesuatu yang telah dipraktikkan oleh ahli-ahli Global Ikhwan sendiri. Beliau juga memberitahu, walaupun kebanyakan ahlinya berpoligami tetapi peratusan penceraian di kalangan ahli itu adalah sedikit.

Malah, ibu kepada lapan orang anak dan isteri ketiga daripada empat itu juga berkata, 30 peratus daripada ahli Kelab Taat Suami juga merupakan pasangan berpoligami dan hampir 50 peratus ahlinya juga datang daripada kalangan kelas atasan dan minda terbuka serta golongan intelek.

Sementara itu, salah seorang daripada 10 pasangan pengantin itu, Hawari Hamid, 45, yang berkahwin untuk kali kedua bersama pasangannya Nurul Asyikin Sanusi, 22, berkata, beliau menyambut baik kelab tersebut demi keharmonian rumah tangga.

Selain itu ketika ditanya adakah dengan isterinya membenarkan beliau berkahwin dua merupakan salah satu tindakan ‘taat’ seorang isteri, beliau yang juga pengurus syarikat berkata, “dalam Islam dibenarkan suami berkahwin sehingga empat orang.”

“Ini juga salah satu cara untuk isteri tunjuk taat dengan membenarkan suami berkahwin lain. Isteri saya membenarkannya dan Insya-Allah dia seorang yang taat. Dia juga yang membuat urusan perkahwinan saya ini,” katanya.

Hawari yang sudah 20 tahun mendirikan rumah tangag dan hanya dikurniakan seorang anak dengan isteri pertamanya juga berkata, tujuan beliau berkahwin adalah ingin menambah zuriat selain mengikut sunah Nabi. (Sumber The Malaysian Insider)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Difahamkan, mereka adalah bekas pengikut Al-Arqam yang melancarkan kelab mereka. Apa pandangan anda?

31 comments:

Anonymous said...

Saya sokong, apa salah nya isteri berbuat demikian untuk suami nya yg sah.

Sebagai lelaki normal saya puji kenyataan ini.

Anonymous said...

Saya sokong.

Man Pimpong said...

Betulkah mereka bekas Al arqam.

Anonymous said...

Walaupun fahaman Rufaqa tidak diterima umum, namun mereka memberi cadangan yang sangat bernas untuk menyelesaikan masalah sosial. Masalahnya majoriti wanita Melayu yang menjadi isteri hanya berperanan seperti "biawak hidup yang sedang dipikul". Isteri-isteri ini hanya mahu menumpang senang dengan suami, bukannya membawa suami ke tahap yang lebih tinggi dalam semua aspek perkahwinan.

free compass said...

publisiti. orang2 arqam tak habis2 dgn publisiti. kalau dah bertaubat buat cara bertaubat. hidup 'berpersatuan' bukan salah satu jalan masuk syurga.

Anonymous said...

saya sokong...Kelab ni memang betul macam nampak meraih publisiti..tapi bukankah name Kelab tupun dah cukup bagus...menggalakkan semua para isteri supaya taat pada suami...jangan tengok pada orang tapi tgklah ape yg disampaikannya..x gitu??

Anonymous said...

suami yang melakukan curang, kenapa pula isteri dipersalahkan? yang patutnya kelab taat isteri diadakan.

Anonymous said...

Kelab Taat Isteri??itu namenye dah queen control jadinye...lagi2lah salah..mungkin kite yg silap faham dgn term Kelab Taat Suami tu..yg dimaksudkannya bukannye taat membabi-buta,tapi selaras dengan Allah dan Rasul...

Anonymous said...

bukan ke persatuan ni menindas wanita secara tidak sedar?adakah kehendak suami sahaja yang perlu dipenuhi?misal kata suami seorang yang pemabuk,pemarah,kaki perempuan,adakah kita masih bersabar dengan suami?adakah kita sanggup memenuhi kehendak suami walau dengan hati yang tidak rela?

aliya said...

Mengapa kelab taat suami? Bukan kelab isteri solehah jika itulah yang diperjuangkannya? Isteri acuan al-Quran taat pada suami yang soleh, bukan secara membabi buta.
Dalam Islam, juga wajib bagi suami melayan isteri dengan baik dan memenuhi hak-hak isteri seperti yang dilakukan oleh Rasulullah saw, dan tiadapun disuruh isteri bersabar sahaj apabila didera suami. Isteri Muslimah bukanlah pekerja seks kepada suami tetapi pembantu rumahtangga dan pendidik anak-anak suami. Islam meletakkan status isteri dan ibu di tahap tertinggi, mengapa pula kita nak samakan Muslimah dengan pekerja seks?

Anonymous said...

tgk rupa president kelab ni pon dah tau kenapa laki dia nak kawin lagi satu... halo the reality is..berapa peratus kah laki msia yg kawin lebih dr satu sebenarnya benar2 mampu dr segi kewangan dan mampu berlaku adil???

Anonymous said...

sepatutnya kita fikirkan cara nak bendung domestic violence, abused physically or mentally...maybe kjsama ngan jbtn agama, make policies that inhibits polygamy, unless they prove to have a certain extent of income or assets , ni tak...nak suruh taat membabi buta..bagi kawin lain..pastu anak 8..mampukah bagi anak2 tu apa yg dirng perlukan...pastu bila remaja terlibat dlm masalah remaja...masuk sekolah jahat...besar jadi lagi jahat..merosakkan anak bangsa sendiri...!!!kenapa manusia tak leh nak pikir at least 20 years ahead , cuma nak pikir solve masalah ketagih sex suami ..buat lah kelab apa pun...kalau fikiran mcm zaman jahiliah ...you aint goin no where!!! BITCCCHH!!

Anonymous said...

Saya pernah pergi ke beberapa rumah anak-anak yatim (yang diberitahulah) dikendalikan oleh 'mereka' ni.. Yang mengejutkan saya kebanyakan penghuninya adalah anak-anak 'mereka' sendiri hanya segelintir sahaja anak-anak yatim seperti yang didakwa.. Dan kebanyakan mereka ini adalah adik beradik tiri.. Adakah ini yang cuba ditonjolkan oleh kumpulan ini? Ibu bapa ber'seronok' dan dibiarkan anak-anak di rumah anak-anak yatim.Anak-anak pula saya nyatakan berdasarkan pemerhatian, kurus-kurus belaka dan ramai berpenyakit sana-sini terutama penyakit kulit. Di manakah ayah-ayah dan ibu-ibu mereka ni? Inikah institusi keluarga yang ingin mereka canang hebahkan? Amat memalukan sebagai orang yang mengaku mengikut sunnah Nabi s.a.w. Jangan hanya ambil sesetengah dari ajaran Islam dan tinggallkan yang lain ke tepi.. Hingga isteri dianiaya dianggap ujian. Inilah yang bakal meruntuhkan institusi keluarga. Semoga kita semua terlindung dari syaitan..

Anonymous said...

suami2 yang rasa dirinya perlu ditaati, cerminlah diri anda terlebih dahulu, adakah anda layak untuk ditaati???


Allah Maha Adil terhadap kesemua hambaNya, baik lelaki atau perempuan...

fikir fikirkanlah..

Anonymous said...

Bila disuruh taat suami, ramai kaum wanita yg melenting.terus persoal tanggungjawab suami. Inikan perintah Allah.Taat suami kerana Allah. bukan taat bila suami 'perfect' dan boleh dengar cakap kita,kelemahan suami maafkan ,kata cinta kasih dan sayang.macam isteri tu perfect.suami memendam rasa kita tak tahu.isteri yg taat dan solehah boleh hiburkan suami.apa yg paling menghiburkn?hiburan halal dirumahku syurgaku. bukan kedisco atau kelab mlm.

siti said...

Saya percaya pada masa sekarang peranan isteri juga sangat penting dalam institusi kekeluargaan. majoriti isteri yg bekerjaya dan membantu suami menyelesaikan masalah ekonomi keluarga. Saya sgt tidak bersetuju sekiranya mengatakan isteri hanya bergantung kepada suami semata-mata. Hari ini ramai isteri yang bergaji lebih besar dari suami juga sama2 menanggung perbelanjaan rumah...

ibnu marzuki al firdaus said...

yang baik memang patut ikut WALAU bekas banduan CUMA yang menjadi kemuyskilan mana FB & web rasminya?

Anonymous said...

"bukan ke persatuan ni menindas wanita secara tidak sedar?adakah kehendak suami sahaja yang perlu dipenuhi?misal kata suami seorang yang pemabuk,pemarah,kaki perempuan,adakah kita masih bersabar dengan suami?adakah kita sanggup memenuhi kehendak suami walau dengan hati yang tidak rela?"

Jawapan: Asiah RA bleh je taat kt firaun yang zalim tu????

Anonymous said...

"Jawapan: Asiah RA bleh je taat kt firaun yang zalim tu????"


Jadi? adakah anda juga bercita2 untuk berperangai spt firaun???

bagi saya, lelaki yang baik dan menuruti segala perintah Allah termasuk cara menjaga isterinya dengan betul, lemah lembut walaupun tegas dan mampu membimbing isteri ke jalan yang diredhai Allah je yang patut ditaati. Kalau suami perangai macam syaitan, he can go to h*ll for all i care about. Allah itu Maha Adil. Hidup jangan jadi bodoh. Perempuan atau lelaki dilahirkan ke dunia ini sama2 dengan hati, perasaan dan emosi. Bukannya lelaki je yang ada kehendak dan emosi, perempuan pon ade kehendak dan emosi dia gak...so, give and take. jangan menindas isteri atas tiket anda sebagai suami. Walaupun anda bayar hantaran sejuta ringgit sekalipon, itu bukan tiket utk anda menindas isteri. Respect others if you want others to respect you. Jangan cakap pasal cinta. Bukan semua orang di dunia ini kawin atas dasar cinta. Lelaki mungkin ada pilihan, tp perempuan dah cukup sengsara sebab kadang2 kena paksa kawin pilihan mak bapak. Don't inflict more pain or their already wounded heart. Might sound like a romance novel i'm writing here, but this is reality which happened to me. Memang jodoh di tangan Allah, tp suami perlu faham and treat their woman nicely. Kami tak mintak dibina mahligai ka apa ka...just treat us with due respect. That's all. Wallahualam.

Anonymous said...

anony 10.42...
saya bersetuju dgn anda.
kpd anda2 semua, rumah amal ditubuhkan oleh mereka dgn berbagai nama antaranya "siraman kasih". dibandar country homes ni banyak sungguh. Sekiranya anda ingin menderma siasatlah dahulu siapa pengasas rumah amal ini. Kesian saya tngok penderma2 yg dtg menderma ke rumah2 amal tersebut, disangka rumah amal anak2 yatim, rupanya disitulah berkumpulnya anak2 mereka... Penderma menderma utk tegakkn syiar islam, tetapi ideologi mereka tetap tak akan berubah.. "abuya"
Kekadang kita naik malu dgn jiran2 kita yg berbangsa lain, bila diajukan soalan brkenaan dgn anak2 kecil yg terbiar berkeliaran diluar rumah...
Ini adalah salah satu contoh ketaatan yg tinggi terhadap suami.. mmbenarkan suami berkahwin lebih dari satu utk meramaikn zuriat keturunan dari kumpulan mereka2 itu. kerana tawakkal mereka2 ini sungguh tinggi..tiada tolak bandingnya...

barieyah_ude said...

nie la jwpan dri mnusia y tlah di skular arn otaknye dgn yahudi..dok kte abuya mcm2,tp bila abuya buat sesuatu kene dgn hukum allah da sunnah rasul semua xley trima,islam skunk da dirosak arn oleh yahudi,alaa sye mlas nak ckp lelbih sbb sye tao b'ckp tntng kbenaran nie org ssah nak trima,sme la sperti kaum bani israel...ckp la ssah nak ikut sunnah nabi,bkn ssah mmng klu bley xnak,ye la spew xnak dunia..???kompem semua nak..xyah bnyk bunyi la..coe la sye ksar bhse,ble klab taat suami nie ditubuh arn,sye trase btape bsar nye pranan istri pd suami,dan bayaran lumayan nyer disyurga,wat per nak byaran didunie xdek mknenye,,lau maty bkn bley bwak skali,dlm hadis arn ad mnyebut rmai prempuan lbih bnyk msok neraka dri laki,jd nie la lah satu perkara nak mnuju ke syurga,xnak rbot ke pluang nie..cbe la jd tnam arn at jwa tu nak jadi sperty srikandi2 islam,,b'jiwa seorg pjuang la ckit,..sp'ti sti khadijah,siti aisyah,,xnak ke,???xpe la klau kaum wnita snggop nak suami dier cri placur dri cri arn madu,,!!!!!!

Anonymous said...

Salaam,

Apa yg susah sgt? Mana-mana isteri yg setuju, daftar saja ke Kelab tersebut. Sesiapa yang tak setuju, tak perlu banyak alasan & cakap. Ditakuti akidah terjejas tanpa sedar sebab banyak alasan & cakap-cakap tersebut berkitar kpd hukum Allah SWT& Rasul SAW.

"Engkau yang ku sembah & kpdMu lah daku memohon pertolongan. Tunjukkan daku jalan yang lurus"

Anonymous said...

Saya sokong. Tiada salahnya ada kelab sebegini demi menjaga maruah islam and to educate todays wife to respect and obedient to Allah and their husband. Husband yang tidak ikut jalan Allah sahaja akan melakukan kerosakan.

Anonymous said...

kelab ni harus pk byk2...byk bnde kne kire...bhye dow...clp2 jd slh d sisi undang2 islm.................

Anonymous said...

kite jgn samakan pelacur dengan seorang isteri..teruk bunyi nyer...bw bertaubatla c pengasas kelab ini...sy tidak sokong 1000%....jgn kite slh gunakan ilmu yg Allah berikan...YA ALLAH, AKU MOHON PADAMU AGAR BERIKANLAH PETUNJUK HIDAYAH KEPDA HAMBA2 MU YANG LEMAH INI.....AMeeeeen..............

Anonymous said...

Saya sokong untuk isteri taat kepada suami dalam hal yang wajib dan disuruh oleh Allah. Tapi hidup manusia di dunia ini bukan hanya melibatkan seks semata-mata. Tugas isteri bukan hanya melayan suami untuk seks sahaja. Banyak lagi kerja-kerja yang perlu dibuat. Kebanyakan suami balik dari kerja terus nak makan minum tersedia. Isteri pulak balik dari kerja terus masuk dapur mengemas, memasak, membasuh pakaian, mengemop, menseterika baju, dan segala macam benda yang perlu di buat. Bila isteri tak ada masa nak layan, mulalah buat perangai nak keluar kerana bosan, nak sembang dengan kawan-kawan, nak bincang macamana nak tambah cawangan. Anak-anak yang banyak sapa nak tolong tukar lampin, nak tolong mandi, nak tolong suap makan, nak tolong ajar buat kerja sekolah. Semua itu dibebankan atas kepala isteri. Oh sapa suruh pergi kerja. Kalau tak nak penat, jangan kerja. Mampu ke nak tanggung perbelanjaan anak-anak kalau isteri tak kerja. Beranak setiap tahun. Orang lelaki jangan berlagak dengan kuasa yang Allah bagi untuk mendera isteri. Dan isteri-isteri taat ni janganlah bodoh sangat sampai nak promote suami suruh kawin lagi. Lelaki ni lambat lepa aje. Pantang dipelawa...Yang susah diri sendiri.

Anonymous said...

Saya tengok blog Kelab Isteri Taat banyak gambar yang dipost oleh Dr Rohaya promote seks yang tak masuk akal dan diambil dari laman web yang luar negara. Islamik ke tu. Entahlah...macam-macam manusia diakhir zaman ni. Sepatutnya ajak manusia mengembalikan kegemilangan islam dengan cara yang lebih baik. Ramai sangat ke lelaki Islam yang melanggan pelacur atau mencari perempuan lain untuk seks kerana isteri di rumah tak cukup beri layanan di rumah.

Anonymous said...

yg mnghentam nmpk sgt betapa dngkalnya pemikiran dieorng..tujuan pengasas sy rasa mereka hendak menyelesaikn mslh berkaitan dgn mslh sex yg mmg jd barah dlm kehdpn manusia di seluruh dunia.bkn srh hari2 lyn nfsu suami...ape la...orng xbuat sex 24 jam sehari la..korng ckp mcm isteri ni lyn sex suami dieorng 24jam je..die cume nk ajar cara sex islam yg betul..bila buat cara islam xla brlaku mslh sex haram...die xsrh taat nfsu sex suami 24jam..dlm khdpn harian kite orng buat sex 24jam sehari kew...walau pn ank2 dieorng rmai sampai ltak kt rmh amk2 yatim, tp xsama dgn ank2 orng lain.smbhyg mrka dijaga..blm msuk wktu lg dh beramai2 dduk di sejadah berselawat tggu waktu azan..seminit pn dieorng xlewatkn smbhyg...mereka semua snngup ssh kt dunia...walau pn smpai mintk drma...mereka mntk drma pn dgn cara jual brng..rasenya xslh..dieorng berusaha sekurng2nya...daripda ank2 orng kaya yg dduk rmh senang lenang tp mkn duit haram dan shubha...itu lg mulia di sisi tuhan..rasenya walaupn orng kata hidup kene seimbang dunia dn akhirat, xsemua orng blh brjya dunia n akhirat..hanya orng plhn Allah jew yg blh brjya hdup kt dunia dn akhirat..igt profesor yg bijak pndai n xpnh tnggal solat tu blh msuk syurga ke..igt xpnh tnggal solat blh msuk syurga ke...klau korng orng yg betul2 jage solat korng xkan tuduh2 dan maki2 orng walau pn orng tu xbetul..walau pn seseorng tu xbetul tp bila kita maki die kite sndri dpt dosa...darpda komen2 korng ni sy tgk korng pn xbtl...entah2 ade yg xsolat pn tp sibuk menyampuk..sy bkn menyokong group ni tp sy rasa xslh idea2 yg mereka bg kn ni..kalau dieorng slh Allah akan hukum dieorng...xpyh la kite pndai2 nk kate orng sesat...saye rasa bek korng2 yg xbrpuas hati prgi jumpa n berdebat dgn diorng...sape yg xbtl n slh akan pasti akan kalah...kalau korng btl Allah akan tnjukkan...xpyh la setakat bace blog lps tu tuduh yg bukan2...Orng2 Allah blh buat ape saje yg melangkaui btas pemikiran manusia dan semua tu xmustahil..akhir zaman ni kebaikan akan ditentang dan kejahatan akn dilihat sebagai kebaikan...nabi penah kata die sgt mencintai ikhwan...iaitu orng yg menjalankan sunnah nya walaupan nabi telah lama wafat..smpai para sahabat nabi sendiri cmburu dgn mereka...kalau sy slh Allah akan hukum sy...biar la Allah yg tntukan...xdpt nk kmen pnjg sbb ssh komen kt sini..tnggu dan lihat apa jadual Allah ke atas kehidupan manusia...krna dialah yg lbh mengetahui segala2nya..

Anonymous said...

yg mnghentam nmpk sgt betapa dngkalnya pemikiran dieorng..tujuan pengasas sy rasa mereka hendak menyelesaikn mslh berkaitan dgn mslh sex yg mmg jd barah dlm kehdpn manusia di seluruh dunia.bkn srh hari2 lyn nfsu suami...ape la...orng xbuat sex 24 jam sehari la..korng ckp mcm isteri ni lyn sex suami dieorng 24jam je..die cume nk ajar cara sex islam yg betul..bila buat cara islam xla brlaku mslh sex haram...die xsrh taat nfsu sex suami 24jam..dlm khdpn harian kite orng buat sex 24jam sehari kew...walau pn ank2 dieorng rmai sampai ltak kt rmh amk2 yatim, tp xsama dgn ank2 orng lain.smbhyg mrka dijaga..blm msuk wktu lg dh beramai2 dduk di sejadah berselawat tggu waktu azan..seminit pn dieorng xlewatkn smbhyg...mereka semua snngup ssh kt dunia...walau pn smpai mintk drma...mereka mntk drma pn dgn cara jual brng..rasenya xslh..dieorng berusaha sekurng2nya...daripda ank2 orng kaya yg dduk rmh senang lenang tp mkn duit haram dan shubha...itu lg mulia di sisi tuhan..rasenya walaupn orng kata hidup kene seimbang dunia dn akhirat, xsemua orng blh brjya dunia n akhirat..hanya orng plhn Allah jew yg blh brjya hdup kt dunia dn akhirat..igt profesor yg bijak pndai n xpnh tnggal solat tu blh msuk syurga ke..igt xpnh tnggal solat blh msuk syurga ke...klau korng orng yg betul2 jage solat korng xkan tuduh2 dan maki2 orng walau pn orng tu xbetul..walau pn seseorng tu xbetul tp bila kita maki die kite sndri dpt dosa...darpda komen2 korng ni sy tgk korng pn xbtl...entah2 ade yg xsolat pn tp sibuk menyampuk..sy bkn menyokong group ni tp sy rasa xslh idea2 yg mereka bg kn ni..kalau dieorng slh Allah akan hukum dieorng...xpyh la kite pndai2 nk kate orng sesat...saye rasa bek korng2 yg xbrpuas hati prgi jumpa n berdebat dgn diorng...sape yg xbtl n slh akan pasti akan kalah...kalau korng btl Allah akan tnjukkan...xpyh la setakat bace blog lps tu tuduh yg bukan2...Orng2 Allah blh buat ape saje yg melangkaui btas pemikiran manusia dan semua tu xmustahil..akhir zaman ni kebaikan akan ditentang dan kejahatan akn dilihat sebagai kebaikan...nabi penah kata die sgt mencintai ikhwan...iaitu orng yg menjalankan sunnah nya walaupan nabi telah lama wafat..smpai para sahabat nabi sendiri cmburu dgn mereka...kalau sy slh Allah akan hukum sy...biar la Allah yg tntukan...xdpt nk kmen pnjg sbb ssh komen kt sini..tnggu dan lihat apa jadual Allah ke atas kehidupan manusia...krna dialah yg lbh mengetahui segala2nya..

IR Hasrul Nizam said...

Betina bini orang yang hentam kondem ni memang nasib dapat laki perangai teruk. Ada suami yang dah buat dan tengah buat semua kerja kerja rumah tetap bini derhaka jugak. Apa komen ? Salah laki jugak ka? Nasihat, tegur tak jalan. Apa sebab ? Sebabnya korang rasa korang dah berkerjaya hebat, berpendidikan tinggi, berlagak gaji besar, ada rupa sikit (kalau ada la) ego, keras kepala tu yang jadi kurang ajaq dengan suami. Nak kata salah didik oleh suami ? Tak. Tapi sikap dalaman perempuan-perempuan Melayu moden akhir zaman ni memang laknatullahia'laih. Sorry la. Ni memang factual. Laki gred J48 banyak beralah sabaq dengan perangai bini setakat DG44 saja. Semua kerja umah dah buat dan memang tengah buat tapi bini tetap ego eksyen lebih lebih lagi. Memang kaum kaum isteri Melayu moden akhirul zaman ni memang celaka haram jadah penghuni neraka betul. Tak reti bersyukur langsung. Jangan pikiaq sedap mulut kata suami skrg ni balik nak lauk siap atas meja la, perintah itu ini la etc. Mintak seks lebih macam macam alasan bagi. Beli jamu tak mau makan. Semua ikhtiar dah buat. Bila bagitau hasrat nak nikah satu lagi @ poligami tau pulak meroyan mengamuk bagai jin ifrit. Pakat-pakat dengan sedara adik beradik kawan-kawan spesies betina Melayu moden cum educated sangat la konon2nya kata laki curang etc. Walhal laki dah nasihat bersabar selama 6 tahun. Korang perempuan-perempuan isteri-isteri penderhaka suami ni nampak saja educated tapi sebenarnya bangang. Perangai ego korang ni yg problem. Iblis kena expelled dari syurga pasal ego! Tu je point aku!

Aku peduli apa ummu am ni x-arqam ni korang nak kutuk abuya ka rufaqa' ka global ikhwan ka tapi apa yg depa buat ni memang betui, tu la sebenaqnya point yg depa nak bagitau hakikat bini bini derhaka akhirul zaman ni. No wonder Rasulullah masa di Mi'rajkan Baginda nampak dalam neraka ramai kaum wanita. Jangan melenting jangan sentap jangan bengang. Ni Rasulullah cakap.

Aku memang sokong kelab ni infiniti percent! Korang nak sentap, sentap la sampai menopous. At least ummu am dia alertkan mana mana isteri penderhaka tu tanggung jawab kepada suami sebenaqnya bukan saja mencakupi hal-hal seks sahaja malah lebih dari itu lagi.

Korang hari ni memang dah termakan dengan agenda Yahudi-Dajjal Laknatullahialaih. Pasai pa, ada hadis soheh Nabi yang ramai pengikut Dajjal nanti adalah dari golongan wanita dan kanak-kanak. Pasal ada suami yang sedar benda2 out of the box ni suami dah nampak dan nasihat tapi pasal korang rasa korang ni educated terlebih tu yang tak nak terima penjelasan; pasal korang EGO!

Puan-puan yang menentang; saya rasa puan-puan ni termakan cili padi atau cili Mexico lah tu yang puan-puan terkujat, terkesima, terbedesing, tergezut. But someone have to say bout this bcoz this issues had been in placed since ada puak2 sekular yg memperjuangkan hak-hak kesemarataan gender la, hak-hak asasi la etc.

Semua ni mainan Dajjal-Yahudi. Depa masuk dalam sanubari puan-puan sejak puan-puan kecik2 lagi, sampai puan2 masuk dalan U sampai puan2 berkerjaya hebat.

Dalam Islam dah jelas; kalau suami yg haprak, engkar suruhan agama, jangan taat. So simple. Ada kaedah2 kemaslahatan yg telah pun digariskan dan diwartakan oleh Jabatan Agama mengikut negeri masing-masing. Kaunseling ka, khuluk ka, fasakh ka. Atas puan-puan.

Sekian, terima kasih.

jimi said...

pendekatan yg diambil oleh kelab taat suami mendahului zaman.zaman sekang ramai ibu bapa salah memberikn kpd anak2..biler ank dh kahwin jrg ibu bertanya pada si anak makn minum laki ko mcm nie..tempt tdo dio camner..ramai suami skg jrg mkn dirumah..blk2 tudung saji kosong jer..hujung mgu pun mcm tue gak walhal tk keja pun... aper zalimkh kl laki nie nk tmbh satu lg yg memboleh jaga mkn mnm diaorg...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails